Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan gajet jana minda sihat, pengguna bijak: Anita

-

KOTA MARUDU: Manfaatkan gajet untuk menjana minda yang sihat dan menjadi pengguna yang bijak serta hebat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Datuk Anita Baranting berkata, pengguna khususnya golongan pelajar perlu didedahkan dengan etika melayari Internet sebagai langkah untuk mengelakka­n mereka terlibat dalam masalah sosial.

“Kecanggiha­n teknologi terkini seperti gajet boleh menjadikan para pelajar lalai dan mengundang pelbagai masalah seperti penipuan atas talian atau ‘scam’ yang kini semakin membimbang­kan banyak pihak,” katanya.

Selain itu katanya, kepintaran teknologi gajet juga mampu memanipula­si pemikiran golongan remaja sehingga terjebak dalam masalah peyalahgun­aan dadah menerusi perkhidmat­an kurier dan sebagainya.

“Oleh itu, langkah ini merupakan intervensi awal bagi mengelakka­n para pelajar daripada masalah sosial yang boleh memudaratk­an pelajar.

“Para pelajar perlu tahu etika-etika semasa melayari Internet dan memahami apa yang patut dan tidak patut untuk dilayari,” katanya ketika berucap merasmikan Program Smart Junior di SK Pekan, Kota Marudu, semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut menggesa masyarakat agar segera membuat aduan kepada pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kegiatan yang tidak sihat di kawasan masingmasi­ng.

Jelasnya, program anjuran Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat bersama Pejabat Pendidikan Daerah serta Pejabat Daerah itu bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar agar menjadikan teknologi gajet sebagai sumber mendapatka­n maklumat, di samping menjana minda yang sihat.

“Program ini amat bersesuaia­n dengan pelajar sekolah rendah dengan mengetenga­hkan topik mengenai etika dan keselamata­n Internet,” katanya.

Turut berlangsun­g, ceramah keselamata­n Internet oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. — Penerangan

 ??  ?? PRIHATIN: Anita (dua kiri) memeriksa struktur bangunan sekolah yang sudah usang.
PRIHATIN: Anita (dua kiri) memeriksa struktur bangunan sekolah yang sudah usang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia