Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan bantu pelajar IPT

950 pelajar Politeknik KK terima manfaat Foodbank YAPEIM 1.0

-

KOTA KINABALU: Seramai 950 pelajar Politeknik Kota Kinabalu menerima manfaat daripada Program Foodbank YAPEIM 1.0 - Ready To Eat yang dilaksanak­an di kampus Politeknik Kota Kinabalu, Sepanggar semalam.

Pelaksanaa­n program anjuran Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) itu merupakan antara inisiatif baharu dalam menyalurka­n bantuan makanan dan keperluan harian kepada penerima yang dikenal pasti dan layak.

Pengurus YAPEIM Seksyen Penyeliaan Sabah dan Sarawak Selabi Mohamad berkata, pelaksanaa­n program ini adalah salah satu pendekatan untuk membantu meringanka­n bebanan yang ditanggung pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dan golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah atau B40.

“Program ini menyasarka­n penerima dari golongan B40 tidak mengira kaum, bangsa dan agama. Semua penerima yang dikenalpas­ti dan menepati kriteria yang ditetapkan layak menerima bantuan ini,” katanya ketika menyempurn­akan Program Foodbank YAPEIM 1.0 - Ready To Eat di sini semalam.

Menurutnya Politeknik Kota Kinabalu merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama di negeri Sabah yang menerima bantuan program ini dan diikuti dengan Kolej Vokasional Tawau dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) di daerah Keningau yang bakal diadakan sepanjang Februari ini.

“Pelaksanaa­n program ini turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai agensi lain dengan matlamat untuk memastikan ramai penerima meraih manfaat hasil daripada aktiviti amal jariah dan kebajikan yang dilakukan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Zainab Othman dalam ucapan aluannya berkata, program seperti Foodbank Ready To Eat anjuran YAPEIM ini amatlah dialu-alukan dalam membantu para pelajar yang memerlukan dan beliau menyambut baik program ini kerana ianya dapat membantu pelajar terutama dari segi bantuan makanan.

“Di Politeknik Kota Kinabalu, 23 peratus daripada jumlah bilangan pelajar dikenalpas­ti dalam golongan B40, dan program seperti ini amat membantu para pelajar kami untuk meringanka­n beban mereka, sekaligus membantu mereka untuk fokus kepada pelajaran,” katanya.

Menurutnya, Politeknik Kota Kinabalu juga menyediaka­n beberapa inisiatif dalam bentuk program kebajikan yang dikendalik­an Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui Unit Kebajikan dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu.

“Di peringkat Politeknik Kota Kinabalu, kita juga ada menyediaka­n beberapa program dalam bentuk bantuan kebajikan kepada para pelajar yang layak, antaranya

Bantuan Pelajar Miskin, Bantuan Ihsan Kesihatan, Bantuan Kemalangan, Bantuan Kebakaran dan Program Food Bank yang dilaksanak­an mengikut keperluan terutama sepanjang tempoh peperiksaa­n akhir,” katanya.

Tambahnya, pihak Politeknik Kota Kinabalu mungkin tidak dapat membantu dari segi kewangan, namun program-program seperti ini merupakan inisiatif atau salah satu langkah yang baik untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampu­an untuk mendapatka­n bekalan makanan serta meringanka­n beban perbelanja­an bagi para pelajar.

Bagi pelajar Semester 3 Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan Aliff Shafuan Sanusi, 22, program Foodbank ini banyak membantu meringanka­n beban para pelajar yang kurang berkemampu­an dari segi kewangan dan pemakanan.

“Saya amat bersyukur dengan adanya program seperti ini. Tidak semua pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang senang. Isu pelajar yang menghadapi masalah kewangan memang wujud sehingga ada yang perlu mengikat perut kerana tidak mampu untuk membeli makanan.

“Ramai juga yang berdiam diri kerana tidak mahu dikenalpas­ti sebagai pelajar yang memerlukan. Tetapi dengan adanya program seperti Foodbank ini, kuranglah sedikit beban kami,” kata anak watan daerah Kudat itu.

Rakannya Yap Ann Leen, 20, turut menzahirka­n pendapat yang sama. Ann Leen yang berasal dari Sandakan berkata, program itu membantu mengurangk­an beban para pelajar terutama golongan yang berpendapa­tan rendah.

“Dengan bantuan seperti ini, kami sebagai pelajar dapat menjimatka­n wang untuk kegunaan harian yang lain dan tidak perlu untuk bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa dan keluarga,” kata pelajar Semester 3, Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan itu.

Majlis ringkas tetapi bermakna itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Mohd. Sahran Mohidin, Pengurus YAPEIM Negeri Sabah Murzianah Arif, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Md. Syadiqin Ag. Adi, serta pegawai-pegawai Politeknik Kota Kinabalu dan YAPEIM Negeri Sabah.

 ??  ?? ALBUM: Selabi (lima kiri) dan Zainab (enam kiri) bersama barisan pegawai Politeknik Kota Kinabalu dan YAPEIM negeri Sabah, serta para pelajar dan penerima bantuan Program Foodbank YAPEIM 1.0.
ALBUM: Selabi (lima kiri) dan Zainab (enam kiri) bersama barisan pegawai Politeknik Kota Kinabalu dan YAPEIM negeri Sabah, serta para pelajar dan penerima bantuan Program Foodbank YAPEIM 1.0.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Aliff Shaufan menerima serahan bantuan makanan daripada Selabi (tiga kiri) dengan disaksikan oleh (dari kiri) Murzianah, Zainab, Mohd. Sahran dan Md. Syadiqin.
TERIMA KASIH: Aliff Shaufan menerima serahan bantuan makanan daripada Selabi (tiga kiri) dengan disaksikan oleh (dari kiri) Murzianah, Zainab, Mohd. Sahran dan Md. Syadiqin.
 ??  ?? BANTUAN MAKANAN: Selabi (tiga kiri) menyerahka­n bantuan makanan kepada Ann Leen sambil disaksikan oleh (dari kiri) Murzianah, Zainab, Mohd. Sahran dan Md. Syadiqin.
BANTUAN MAKANAN: Selabi (tiga kiri) menyerahka­n bantuan makanan kepada Ann Leen sambil disaksikan oleh (dari kiri) Murzianah, Zainab, Mohd. Sahran dan Md. Syadiqin.
 ??  ?? POSTER: Ann Leen bersama poster Program Foodbank YAPEIM 1.0 pada majlis itu.
POSTER: Ann Leen bersama poster Program Foodbank YAPEIM 1.0 pada majlis itu.
 ??  ?? SYUKUR: Aliff Shafuan bersama bekalan makanan yang diedarkan sempena Program Foodbank YAPEIM 1.0.
SYUKUR: Aliff Shafuan bersama bekalan makanan yang diedarkan sempena Program Foodbank YAPEIM 1.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia