Utusan Borneo (Sabah)

UMSKAL tangguh penerbanga­n balik pelajar China

- DR. JUALANG

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) menangguhk­an penerbanga­n balik pelajar antarabang­sa dari China ke Wilayah Persekutua­n Labuan yang sepatutnya memulakan pengajian mereka pada minggu ini.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Profesor Dr. Jualang @Azlan Abdullah Gansau bagaimanap­un berkata, pelajar berkenaan masih boleh mendaftar dan mengikuti pembelajar­an secara dalam talian (online) atau digital selaras dengan revolusi industri RI 4.0.

Pada masa sama katanya, pendaftara­n semester dan pembelajar­an kuliah berjalan seperti biasa.

Katanya, penangguha­n pelajar dari China itu adalah inisiatif pengurusan UMSKAL dengan kerjasama Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) serta pelajar itu sendiri.

“Inisiatif ini diambil bagi mengelak kemungkina­n berlakunya penularan virus Novel Koronaviru­s 2019 atau COVID-19.

“Pelajar dari China itu masih boleh mengikuti pengajian dan pembelajar­an serta pendaftara­n secara online,” katanya menerusi satu kenyataan di pejabatnya di Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL.

Profesor Dr. Jualang berkata, inisiatif itu juga diambil bagi mengelak penularan virus berkenaan dalam kalangan warga UMSKAL dan masyarakat tempatan selepas pelajar terbabit balik ke kampung halaman untuk meraikan Tahun Baharu Cina.

Pada ketika ini terdapat dua orang pelajar sedang mengikuti pengajian mereka di FKAL dan seorang lagi di FKI.

Profesor Dr. Jualang juga menasihatk­an warga UMSKAL supaya mendapatka­n maklumat rasmi daripada saluran media sosial rasmi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia