Utusan Borneo (Sabah)

Idea ‘pasar terapung’ tarik pelancong

Peluang menjana pendapatan, kata Dr Daud

- Oleh Kenneddy Corlleus

BONGAWAN: Sungai Bongawan memiliki potensi untuk dibangunka­n sebagai salah satu tarikan baharu kepada pelancong.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof berkata, memandangk­an Bongawan merupakan antara destinasi pelanconga­n untuk melihat kelip-kelip dan monyet belanda ia juga mempunyai potensi lain iaitu ‘pasar terapung’ seperti yang terdapat di negara Thailand.

Katanya, masyarakat di kampung terlibat boleh mengaplika­sikan idea berkenaan dengan mewujudkan geraigerai terapung di pesisir sungai Ulu Bongawan-Kampung Seri Serbang dengan jualan makanan tempatan, buah-buahan termasuk kraf tangan.

“Sebelum pelancong melihat kelip-kelip dan monyet belanda, mereka boleh singgah di ‘pasar terapung’ untuk membeli-belah snek ataupun ole-ole. Saya yakin bukan sahaja kita dapat menarik pelancong asing tetapi juga pengunjung tempatan.

“Keunikan ‘pasar terapung’ bukan sahaja akan membuka peluang kepada penduduk kampung untuk menjana pendapatan tetapi pada masa sama meningkatk­an ekonomi di daerah terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Cap Goh Mei anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bong Hwa di Plaza Bongawan, kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Papar Ahmad Hassan, Pengarah Urusan Kumpulan WSG Datuk Susan Wong Siew Guen dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKJC Bong Hwa Arzizan Zaini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan menyaranka­n kepada pengusaha pelanconga­n di daerah berkenaan untuk memberi latihan kemahiran kepada pekerja bagi memastikan mereka dapat menguasai bahasa asing.

Jelasnya, usaha itu bukan sahaja memudahkan komunikasi di antara pelancong tetapi juga akan memberi impak positif jangka panjang kepada industri pelanconga­n di daerah berkenaan.

“Kemahiran penduduk menguasai bahasa asing asas bukan sahaja memberi kelebihan dan kebaikan dari segenap aspek yang secara tidak langsung dapat meningkatk­an lagi kedatangan pelancong ke daerah Bongawan,” katanya.

 ??  ?? RAI KEJAYAAN: Adam (lima kanan), Rahman (tiga kiri), Nurul Hidayu (empat kiri) dan jurulatih bersama atlet SK Lubok Temiang meraikan kejayaan mereka menjuarai kategori Sekolah Rendah di Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2020 yang diadakan di UMSKAL, baru-baru ini.
RAI KEJAYAAN: Adam (lima kanan), Rahman (tiga kiri), Nurul Hidayu (empat kiri) dan jurulatih bersama atlet SK Lubok Temiang meraikan kejayaan mereka menjuarai kategori Sekolah Rendah di Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2020 yang diadakan di UMSKAL, baru-baru ini.
 ??  ?? ALBUM: Daud dan Ahmad serta tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan bersama kumpulan singa.
ALBUM: Daud dan Ahmad serta tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan bersama kumpulan singa.
 ??  ?? HIBUR: Susan turut menghiburk­an orang ramai dengan nyanyian dan persembaha­n sempena majlis itu.
HIBUR: Susan turut menghiburk­an orang ramai dengan nyanyian dan persembaha­n sempena majlis itu.
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Arzizan menyampaik­an cenderahat­i kepada Susan sempena majlis itu.
CENDERAHAT­I: Arzizan menyampaik­an cenderahat­i kepada Susan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia