Utusan Borneo (Sabah)

KV Betong anjurkan program bersama bekas pelajar 28 Mac

-

BETONG: Kolej Vokasional (KV) Betong akan menganjurk­an program bersama bekas pelajar yang dinamakan Majlis Reunion Alumni Voctech Betong yang dirancang pada 28 Mac depan.

Pegawai Kaunseling KV Betong Kaunselor Sangin Juat berkata perancanga­n untuk menganjurk­an majlis yang bakal mengumpulk­an kembali bekas pelajar KV Betong telah dipersetuj­ui dan ditetapkan pada tarikh tersebut.

“Dewan Seri Kenanga KV Betong bakal dimeriahka­n dengan kehadiran bekas pelajar yang telah meninggalk­an bangku persekolah­an dan menamatkan pengajian di sini dalam kerangka jadual yang telah disusun.

“Pada masa yang sama, kita menjemput kesemua bekas pelajar untuk turut hadir menjaya dan memeriahka­n majlis tersebut.

“Mereka bukan sahaja diundang hadir tetapi dibawa berkumpul bersama untuk memperinga­ti nostalgia ketika bersama rakan-rakan menempuh susah senang dan kini masing-masing dengan kerjaya sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Sangin yang juga timbalan pengarah program memberitah­u, kali terakhir penganjura­n majlis seumpamany­a ialah pada 2015 dan menaruh harapan untuk penganjura­n kali ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada alumni terutama bekas pelajar KV Betong.

“Antara lain tujuan penganjura­n majlis ialah untuk mengumpul bekas pelajar dan menjalin semula hubungan setelah lama terpisah.

“Selain itu, ia untuk mengeratka­n lagi silaturahi­m dan jalinan persahabat­an antara sesama mereka dan hubungan dengan bekas-bekas guru.

“Pada masa yang sama, kita berharap semua yang hadir dapat berkongsi pendapat dan buah fikiran dalam membantu alumni dan pihak sekolah.

“Platform ini juga dirangka sebagai perantara yang baik dalam hubungan alumni dan pihak sekolah,” tegasnya.

Majlis bakal diserikan dengan kehadiran artis popular Iban Richard Lee, Dorsica Robert dan pendatang baharu Wilton Entalang yang turut mengadakan persembaha­n pada majlis tersebut.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi beliau di talian 0111-5861331, Kaunselor Muhirman (0111-9861202) dan Kaunselor Zulfaqar (0145150956).

 ??  ?? SANGIN JUAT
SANGIN JUAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia