Utusan Borneo (Sabah)

Penagih dadah tegar dihukum penjara lima tahun dan disebat

-

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun berserta dua sebatan terhadap seorang penagih tegar atas kesalahan mengambil dadah berbahaya.

Eii Ming Ong, 42, yang mempunyai mempunyai tidak kurang dua kesalahan lampau membabitka­n kesalahan sama, diperintah oleh mahkamah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditahan 17 Ogos 2019.

Mengikut pertuduhan, Eii didakwa mengambil dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine ketika ditahan di Balai Polis Pusat Sibu pada 17 Ogos, 2019 kira-kira jam 6.35 petang.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b), akta yang sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan tidak lebih tiga sebatan.

Sementara itu, Eii turut dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.

Dia didakwa mengugut seorang wanita berumur 26 tahun untuk mencederak­an anak wanita terbabit pada 3 Januari, 2020 kira-kira jam 10 malam di sebuah rumah di Jalan Chew Siik Hiong.

Untuk pertuduhan ini, Eii didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit dengan kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu dimaklumka­n rakannya yang tertuduh mengugut dan meminta pengadu menarik semula laporan polis berhubung rumahnya yang telah dipecah masuk.

Jika pengadu enggan menarik laporan terbabit, tertuduh mengugut untuk mengganggu anaknya yang berumur 11 tahun.

Pada 8 Februari, 2020 kirakira jam 10.45 pagi di tepi Jalan Awang Ramli Amit, pihak polis telah menahan tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia