Utusan Borneo (Sabah)

Isu COVID-19 tidak jejas penganjura­n Pameran Pelanconga­n Malaysia: MATA

-

KUALA LUMPUR: Meskipun berdepan situasi tidak menentu ekoran isu jangkitan COVID-19, Persatuan Agensi Pelanconga­n Malaysia (MATA) tetap meneruskan promosi Pameran Pelanconga­n Malaysia (MTF) yang akan berlangsun­g pada 13 Mac hingga 15 Mac di Pusat Dagangan Dunia (WTC sebelum ini dikenali sebagai PWTC) di sini.

Presiden MATA Datuk Mohd Khalid Harun berkata pihaknya mengambil maklum dengan kegusaran ahlinya yang kehilangan tempahan pakej disebabkan COVID-19 dan berusaha untuk membantu mereka memasarkan produk-produk pelanconga­n menerusi pameran itu.

“Kami juga ingin memaklumka­n bahawa Malaysia adalah selamat dikunjungi kerana setakat ini jangkitan COVID-19 tidak terlalu serius di negara ini dan masyarakat tidak perlu berasa panik.

“Kita tak boleh halang rakyat Malaysia untuk bercuti atau keluar dan masuk ke luar negara kerana masih ada negara lain yang tidak terjejas dengan koronaviru­s baharu (COVID-19) ini.

“Oleh itu, menerusi pameran itu juga diharapkan dapat merancakka­n kembali industri pelanconga­n negara khususnya domestik bagi menggalakk­an rakyat Malaysia melancong di dalam negara, selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020), “katanya pada sidang media MTF 2020, semalam.

Mohd Khalid berkata MTF kali ini dijangka berupaya menarik kehadiran seramai 110,000 pengunjung dengan jumlah transaksi sebanyak RM220 juta.

“Kami membuka peluang kepada mana-mana agensi pelanconga­n dan individu untuk menyertai MTF dengan menyediaka­n lebih daripada 1,500 booth kepada mereka.

“Selainitu,kamiturutm­emperkenal­kan hashtag #MalaysiaIs­Safe bagi meyakinkan pelancong-pelancong tempatan dan asing untuk melanggan pakej-pakej menarik menerusi MTF,” katanya.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah Khairul Hilmi Abdul Manap berkata penularan COVID-19 tidak menghalang pihaknya untuk meneruskan promosi VM2020 di dalam dan luar negara.

“Selain MTF, kami turut menyertaip­ameranpela­ncongan ITB(Internatio­naleTouris­musBörse Berlin) Berlin pada 6 hingga10Ma­cbagimempr­omosikan VM2020,” katanya.

Mengenai tindakan saman Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) berhubung sebutan akronim sama terhadap MATA, Mohd Khalid berkata:

“Terpulang kepada mereka untuk saman ataupun tidak kerana kami merupakan persatuan berdaftard­enganRoS(Pendaftar Pertubuhan) dan tiada isu pun jika namanya hampir sama.

“Kita tidak boleh terasing dalam industri ini dan kita patut saling membantu antara satu sama lain untuk meningkatk­an ekonomi kita menerusi pelanconga­n...kadijikame­rekamasih mahu saman, kami akan serah kepada peguam,” katanya.

Pada 5 Januari lepas, Setiausaha Agung MATTA Nigel Wong dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undangterh­adapMATAda­ntelah mengeluark­an surat tuntutan atas dakwaan menceroboh nama dan tanda niaga MATTA dan menuntut agar MATA menghentik­an perbuatan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia