Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh lokasi di Sabah, Sarawak untuk B40, OKU tuntut dekoder

-

PUTRAJAYA: Tujuh lokasi satu di Sabah dan enam di Sarawak telah dikenal pasti sebagai pusat pengagihan dekoder percuma myFreeview bagi golongan berpendapa­tan rendah (B40) dan orang kurang upaya (OKU) yang layak membuat tuntutan.

Suruhanjay­aKomunikas­idan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan semalam memaklumka­n pengagihan dekoder percuma di lokasi terpilih adalah dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang, pada tarikh pengagihan yang ditetapkan.

Di Sabah, pusat pengagihan terletakdi­KompleksBe­rsepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia,KotaKinaba­ludan dekoder boleh dituntut pada 20 hingga 22 Februari.

Di Sarawak, terdapat dua pusat pengagihan di Kuching iaitu Aeroville Mall dengan tarikh pengagihan pada 15 dan 16 Februari; manakala di E-Mart Batu Kawah pula pada 17 dan 18 Februari.

Duapusatpe­ngagihandi­Miri ialah E-Mart Tudan pada 16 Februari manakala tarikh pengagihan di Dewan Suarah Miri pula pada 27 dan 28 Februari.

Di Bintulu, dekoder boleh dituntut di Times Square Mall pada 1 dan 2 Mac dan di Sibu pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka pada 7 dan 8 Mac.

“Warga B40 dan golongan OKU yang layak dan berdaftar di Sabah dan Sarawak, adalah digalakkan untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat-pusat pengagihan terdekat secara berperingk­at bermula 15 Februari ini,” menurut MCMC.

MCMC menasihatk­an orang ramai untuk membawa bersama kad pengenalan bagi tujuan pengesahan.

Katanya, semakan kelayakan untuk mendapatka­n dekoder percuma boleh dibuat melalui SMS dengan menaip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888, atau layari www. mytvbroadc­asting.my/B40 atau hubungi Pusat Perkhidmat­an Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1-800-18-1088.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh melayari www.myFreeview. tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1-800-18-1088 atau 1300-80-6988 dari jam 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Permohonan set dekoder percuma untuk golongan B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke digitaltv@ mcmc.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia