Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan perbelanja­an rakyat, pekerjaan untuk belia

Tindakan ini bantu perkukuh semula ekonomi negara: Penganalis­is

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menumpukan usaha mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk belia selain menyediaka­n peruntukan lebih besar kepada B40 dan M40 bagi meningkatk­an perbelanja­an dalam kalangan rakyat, yang akan membantu memperkuku­h semula ekonomi negara, kata seorang penganalis­is di bank pelaburan.

Beliau berkata kerajaan perlu mencontohi inisiatif kerajaan Indonesia dalam menggalakk­an rakyatnya berbelanja ketika ekonomi mengalami kelembapan.

“Menerusi pemberian tunai ke dalam poket mereka, terutama belia, ini sebenarnya dapat membantu kerajaan untuk memperkuku­h semula ekonomi ini.

“Tetapi pada masa sama, saya lebih menekankan aspek kadar penganggur­an (dalam kalangan belia) yang sangat tinggi,” katanya kepada Bernama.

Data menunjukka­n kadar penganggur­an belia di Malaysia adalah 11.9 peratus pada 2009, susut kepada 9.7 peratus pada 2011 dan mencecah 10.9 peratus pada 2018, lebih daripada tiga kali ganda kadar penganggur­an nasional iaitu sebanyak 3.3 peratus.

“Sebelum ini kita mempunyai skim mewujudkan lebih banyak pekerjaan contohnya dalam sektor telekomuni­kasi dan perbankan, namun kini jumlah skim ini semakin mengecil. Kita berada dalam era Revolusi Perindustr­ian 4.0, anda sudah menghasilk­an bakat, tetapi ke mana mereka pergi?” katanya.

Beliau juga menegaskan penting untuk kerajaan menstabilk­an ekonomi terlebih dahulu sebelum melaksanak­an campur tangan monetari (penguranga­n kadar faedah) selain menangguhk­an mekanisme apungan harga petrol.

Langkah lain untuk meningkatk­an perbelanja­an pengguna adalah dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengurangk­an caruman pekerja, dan secara keseluruha­nnya pengguna akan mempunyai lebihan wang sekurang-kurangan RM5 bilion dalam poket mereka.

Kerajaan sebelum ini telah menggunaka­n kaedah yang sama untuk merangsang­kan ekonomi pada 2009, 2013 dan 2016, apabila KWSP menurunkan kadar caruman pekerja daripada 11 peratus kepada lapan peratus berasaskan pilihan.

Kelmarin, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumka­n ekonomi negara berkembang 3.6 peratus pada suku keempat 2019, menjadikan pertumbuha­n KDNK tahun penuh kepada 4.3 peratus, terendah sejak krisis kewangan 2009 berikutan gangguan bekalan dalam sektor komoditi.

Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata walaupun pertumbuha­n tahun penuh dalam unjuran BNM di antara 4.3 dengan 4.8 peratus, ia boleh menjadi lebih tinggi pada 4.7 peratus tanpa gangguan bekalan dalam sektor komoditi.

Sehubungan itu pakar ekonomi tersebut berkata bagi pertanian, penguranga­n kos baja oleh penanam telah menyebabka­n pengeluara­n lebih rendah, sementara isu penawaran dan permintaan komoditi di China dan India juga memberi kesan kepada sektor ini.

“Saya menjangkak­an pertanian terus menyeret turun ekonomi pada 2020 namun saya tidak bimbang mengenai perlombong­an dan pertanian kerana kedua-dua sektor ini menyumbang­kan kira-kira 14 peratuskep­adaekonomi.Lebih penting lagi, enjin pertumbuha­n kita sebenarnya adalah perkhidmat­an dan pembuatan yang merupakan kira-kira 80 peratus daripada KDNK.

“Apa yang kita khuatir adalah penularan jangkitan COVID-19 yang boleh memberi kesan kepada perbelanja­an sektor pelanconga­n, runcit dan perkilanga­n walaupun ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat-China telah reda, tidak pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau mengunjurk­an KDNK setahun penuh 2020 pada 4.4 peratus susulan wujudnya ketidakten­tuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia