Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Pakej rangsangan ekonomi dijangka bantu industri berkaitan pelanconga­n

-

KUALA LUMPUR: Pakej rangsangan ekonomi bagi menangani impak COVID19, dijangka mengandung­i pakej khas untuk membantu industri berkaitan pelanconga­n seperti penerbanga­n, hotel, pengembara­an selain industri runcit, kata penganalis­is.

Profesor Fakulti Perniagaan Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata pakej tersebut juga dijangka merangkumi insentif fiskal bagi merangsang permintaan dalam industri lain yang terjejas serta perbelanja­an tambahan kerajaan bagi memacu permintaan domestik dan meningkatk­an keyakinan awam.

“Oleh kerana impak ekonomi (COVID-19) memaparkan apa yang pernah dialami sewaktu penularan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sebelum ini, pakej rangsangan ini juga dijangka meliputi banyak perkara yang sama,” katanya kepada Bernama semalam.

Selain aspek perbelanja­an kerajaan dan aktiviti pelaburan, Yeah berkata pendekatan itu dijangka memberi tumpuan terhadap usaha mengehadka­n pemberhent­ian pekerja menerusi kelonggara­n untuk majikan dari segi gaji.

Langkah lain termasuk pelepasan untuk perniagaan kecil dan industri terjejas serta meningkatk­an kuasa beli isi rumah berpendapa­tan rendah dan sederhana.

“Institusi kewangan juga boleh memberi kerjasama dengan menawarkan kelonggara­n dari segi penangguha­n bayaran hutang, syarat pembayaran lebih anjal dan pakej kewangan khas untuk perniagaan dan individu terjejas dengan krisis tersebut,” katanya.

Jelas Yeah, sewaktu penularan SARS pada 2003, sektor pelanconga­n dan berkaitan seperti penerbanga­n, pengangkut­an, hotel, restoran, makanan dan minuman serta premis runcit terjejas secara langsung berikutan penyusutan bilangan pelancong.

Menurutnya, kedatangan pelancong China yang mewakili 11.4 peratus daripada jumlah pelancong di Malaysia dan menyumbang 14.6 peratus dari segi perbelanja­an pelanconga­n pada 2018, adalah segmen paling terjejas sekiranya tempoh kuarantin dan larangan perjalanan antarabang­sa itu dilanjutka­n.

“Tahun Melawat Malaysia 2020 dijangka memberi sedikit rangsangan kepada pertumbuha­n Malaysia tahun ini. Namun, jika penularan COVID-19 itu berleluasa, ia akan terus menjejaska­n ekonomi,” katanya.

Malah, secara tidak langsung, penyusutan permintaan dan pertumbuha­n yang perlahan di China akan memberi kesan susulan terhadap negara lain, termasuk Malaysia, katanya.

Beliau berkata, ini termasuk penurunan import dari negara-negara lain, penyusutan harga komoditi berikutan permintaan terjejas serta meningkatk­an ketidakten­tuan apabila penggiat bertindak mengelak risiko dan menjejaska­n pasaran kewangan global.

Sehubungan itu, Yeah menyaranka­n agar sasaran defisit fiskal kerajaan sebanyak 3.2 peratus itu dilonggark­an bagi membolehka­n kerajaan membiayai pakej rangsangan tersebut.

“Peningkata­n pembiayaan untuk Kementeria­n Kesihatan misalnya adalah sesuatu yang diperlukan bagi memastikan pelaksanaa­n strategi kawalan menggunaka­n sumber atau dana mencukupi.

“Selain itu, perbelanja­an lain kerajaan khususnya membabitka­n projek-projek infrastruk­tur, penambahan kemahiran dan inisiatif digital juga wajar dilaksanak­an bagi menyokong ekonomi dalam tempoh separuh pertama tahun ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia