Utusan Borneo (Sabah)

Tiga juta penduduk dapat manfaat daripada naik taraf koperasi menerusi program BA100: ANGKASA

-

BUTTERWORT­H: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) menjangkak­an peningkata­n taraf 3,000 koperasi mikro kepada koperasi sederhana mulai awal tahun ini di bawah Program Barang Asas 100 (BA100) yang memberi manfaat kepada tiga juta penduduk khususnya ahli koperasi dan golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) di negara ini.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya sedang giat menaik taraf kedai koperasi mikro itu kepada segmen peruncitan dan pemboronga­n untuk menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna.

“Kita menyasarka­n 3,000 kedai koperasi ini akan menawarkan barangan di bawah BA100 dengan harga kompetitif, murah lima peratus daripada harga pasaran biasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Taklimat dan Pelancaran Peluang Peniagaan Co-Op Station, di sini kelmarin.

Beliau berkata nilai industri pemboronga­n dan peruncitan negara adalah amat besar dengan angkanya mencecah lebih RM100 bilion pada tahun lepas, namun penyertaan koperasi masih kecil jika dibandingk­an dengan potensi sedia ada.

Menurutnya, usaha menaik taraf koperasi itu sedang dijalankan secara berperingk­at, sekali gus menambah nilai jualan barangan runcit dengan pembelian yang menjimatka­n menerusi e-jimat.

Abdul Fattah berkata usaha itu adalah bagi memperbaik­i serta mengubah struktur pemasaran barangan runcit yang melibatkan ramai orang tengah sehinggaka­n harga barangan runcit menjadi terlalu tinggi kerana wujud jurang di antara pembekal, pengeluar dan pengguna.

“Penggunaan sistem edagang digital dapat mengurangk­an peranan orang tengah dan kedai runcit akan membuat tempahan secara berkumpula­n dengan ANGKASA,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 10 syarikat pembekal barangan utama telah berdaftar dengan ANGKASA untuk menawarkan perkhidmat­an kepada kedai-kedai koperasi.

“Kami mengalu-alukan syarikat pembekal barangan untuk memberikan perkhidmat­an mereka kepada kedai koperasi dengan syarat mereka harus menghantar barangan itu dari kilang ke kedai tanpa orang tengah bagi memastikan harga barangan itu kekal rendah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia