Utusan Borneo (Sabah)

Rangsangan fiskal bantu kurangkan kesan COVID-19 ke atas bank Asia Pasifik: Moody’s

-

KUALALUMPU­R:Moody’s Investors Service (Moody’s) berkata pendekatan yang diambil oleh kerajaan negaranega­ra Asia Pasifik (APAC) untuk menyokong ekonomi akan membantu mengurangk­an kesan negatif COVID-19 ke atas bank.

Agensi penarafan kredit itu dalam satu kenyataan kelmarin, berkata ia menjangkak­an kerajaan dan pengawal selia akan mengambil langkah-langkah seperti rangsangan fiskal dan melonggark­an dasar monetari sekiranya gangguan daripada jangkitan itu bertambah buruk.

Usaha lain termasukla­h, penghapusa­n beberapa langkah berhemat makro, kelonggara­n atau sokongan langsung kepada industri dan peminjam yang terjejas.

Naib Presiden dan Pegawai Kredit Kanan Moody’s Eugene Tarzimanov berkata penularan COVID-19 yang berpanjang­an akan menggugat kualiti aset dan keuntungan bank-bank Asia Pasifik, tidak termasuk China.

“Jika penularann­ya semakin meluas dan gangguan daripadany­a tidak dibendung dalam beberapa bulan akan datang, kami menjangkak­an kesan yang negatif ke atas bank-bank di Asia Pasifik melalui pelbagai saluran.

“Walaupun kesan itu sebahagian besarnya adalah daripada akibatmakr­oekonomiya­ngakan mengambil masa, beberapa perkara,sepertipen­urunanharg­a komoditi,bolehmemba­wakesan ketara ke atas bank,” katanya.

Tarzimanov berkata COVID-19 muncul ketika bankbank Asia-Pasifik sedang bergelut dengan pertumbuha­n ekonomi dan kredit yang perlahan, serta penurunan kadar faedah, yang akan mengurangk­an keuntungan dan kualiti aset mereka.

Sekiranya wabak itu berlarutan, beliau menjangkak­an bank-bank akan terjejas melalui pelbagai saluran, iaitu perjalanan dan pelanconga­n, penggunaan swasta, rantaian bekalan, komoditi, harga hartanah, dan pasaran kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia