Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Vietnam kuarantin 10,000 penduduk kampung

Ekoran enam kes jangkitan virus berbahaya itu dikesan di Son Loi

- — Gambar AFP

BINH XUYEN: Beberapa kampung di Vietnam dengan 10,000 penduduk tidak jauh dari ibu negara telah dikuaranti­n semalam selepas enam kes Novel Koronaviru­s (COVID-19) yang berbahaya dikesan di sana, kata pihak berkuasa.

Penutupan kawasan Son Loi, kira-kira 40 kilometer dari Hanoi, merupakan kuarantin besar-besaran pertama di luar China sejak virus itu muncul dari sebuah bandar raya tengah China pada hujung tahun lepas.

“Pada 13 Februari 2020, kami akan segera melaksanak­an tugasan pengasinga­n dan kuarantin ke atas kawasan wabak dalam kawasan Son Loi,” kata satu kenyataan kementeria­n kesihatan.

“Garis masa adalah selama 20 hari.”

Son Loi merupakan sebuah kawasan pertanian yang terdiri daripada beberapa kampung.

Kementeria­n kesihatan sebelum ini berkata lima orang di Son Loi telah dijangkiti virus berkenaan, dan melaporkan kes keenam semalam.

Semalam pos pemeriksaa­n disediakan di sekitar kawasan terbabit, menurut pemberita AFP di Binh Xuyen, sebuah daerah di pinggir Son Loi.

Pegawai kesihatan yang memakai sut perlindung­an menyembur disinfekta­n ke atas kenderaan di tepi pos pemeriksaa­n.

Penduduk kampung Tran Van Minh memberitah­u AFP bahawa pihak berkuasa sudah pun menasihatk­an penduduk untuk mengelak perhimpuna­n besar.

“Kehidupan terjejas teruk,” katanya kepada AFP menerusi telefon, dan menambah kebanyakan tenaga buruh bergantung kepada pekerjaan dalam pembinaan dan mengecat rumah.

“Sekarang kami tidak dapat keluar dan kalau pun kami dapat keluar, pelanggan tidak akan begitu mengalu-alukan kami seperti sebelum ini.”

Lebih 1,350 orang sudah mati di China kerana virus berkenaan, dan hampir 60,000 lagi sudah dijangkiti, sejak ia pertama kali dikesan dalam wilayah Hubei pada awal Januari lepas.

China telah mengenakan kuarantin yang luar biasa di seluruh Hubei, dengan mengurung kira-kira 56 juta orang, dalam usaha untuk menyekat penularann­ya.

Puluhan juta penduduk di bandar raya lain yang berada jauh dari pusat wabak turut dikenakan sekatan perjalanan.

Virus itu turut memberi kesan yang amat besar pada peringkat global, dan ramai negara melarang orang yang tiba dari China dalam usaha untuk menyekat penularan penyakit itu.

Vietnam, yang berkongsi sempadan yang polos dengan China, mempunyai 16 kes yang sah bagi virus berbahaya itu, termasuk kes di Son Loi.

Vietnam melarang semua penerbanga­n berulangal­ik ke tanah besar China dalam usaha untuk menyekat penyebaran virus terbabit.

Ia turut menggantun­g visa pelanconga­n baharu bagi warga China atau orang asing yang sudah berada di China sejak dua minggu lepas. — AFP

 ??  ?? LANGKAH BERJAGA-JAGA: Pegawai kesihatan memakai sut perlindung­an di tengah-tengah kebimbanga­n mengenai wabak COVID-19 menyemburk­an disinfekta­n ke atas sebuah motosikal di pos pemeriksaa­n dalam kawasan Son Loi di wilayah Vinh Phuc, Vietnam semalam.
LANGKAH BERJAGA-JAGA: Pegawai kesihatan memakai sut perlindung­an di tengah-tengah kebimbanga­n mengenai wabak COVID-19 menyemburk­an disinfekta­n ke atas sebuah motosikal di pos pemeriksaa­n dalam kawasan Son Loi di wilayah Vinh Phuc, Vietnam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia