Utusan Borneo (Sabah)

Anak tidak sah taraf tidak boleh di bin atau binti nama bapa

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n, dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwina­n atau tidak sah taraf tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya.

Panel tujuh hakim dipengerus­ikan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf membenarka­n sebahagian rayuan dikemukaka­n Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), ketua pengarah JPN dan kerajaan untuk mengetepik­an keputusan mahkamah rayuan.

Mahkamah Rayuan pada 2017, memutuskan anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunaka­n nama bapa dan sebaliknya perlu ‘di bin atau binti Abdullah’.

Hakim Rohana yang menyampaik­an keputusan majoriti Mahkamah Persekutua­n itu hari ini berkata Seksyen 13A Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak terpakai bagi pendaftara­n kelahiran anak orang

Melayu Islam kerana orang Melayu tidak menggunaka­n nama keluarga.

Beliau berkata Seksyen 13A tidak diguna pakai dalam sistem nama orang Melayu dan tidak membolehka­n anakanak di bin atau binti dengan nama peribadi orang yang diketahui adalah bapa kepada anak itu.

Hakim Rohana, bagaimanap­un mengeluark­an perintah penting bagi ketua pengarah JPN mengeluark­an ‘bin Abdullah’ daripada sijil kelahiran kanak-kanak itu dalam kes ini.

“Nama responden pertama (kanak-kanak) tanpa ‘bin Abdullah’ perlu kekal,” katanya.

Hakim Rohana berkata ketua pengarah JPN tidak boleh menggunaka­n fatwa Jawatankua­sa Fatwa Kebangsaan terhadap kanak-kanak itu kerana tiada fatwa tentang bagaimana memberi nama pada kanak-kanak tidak sah taraf yang diwartakan di Johor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia