Utusan Borneo (Sabah)

Lima negeri belum tandatanga­n Akta 672: Zuraida Kamaruddin

-

KOTA BHARU: Lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak dan Pulau Pinang masih belum menandatan­gani Perjanjian Pengurusan Sistem Pepejal dan Pembersiha­n Awam (Akta 672).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata usaha menandatan­gani akta berkenaan amat penting dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih bersih, menerusi pengurusan sisa pepejal.

“Akta berkenaan akan memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih standard di seluruh negara, selain akan memudahkan kerajaan Persekutua­n menghulurk­an bantuan kepada kerajaan negeri, dalam perkara ini.

“Kerajaan negeri juga akan mendapat pelbagai manfaat menerusi pelbagai program yang telah diaturkan di bawah akta ini,” katanya kepada pemberita perasmian Kempen ‘Anti Litter’ sempena ‘Kempen Jupo Sapoh Kutip Jange Tohok Kokse’ (Kempen Jumpa Sampah Kutip Jangan Buang Merata-rata) di Pasar Siti Khadijah di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan

Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Ismail Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd Datuk Mohd Zain Hassan.

Pada majlis berkenaan, Alam Flora Sdn Bhd turut menyerahka­n 12 lori sampah, untuk kegunaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kelantan dalam usaha membantu kerajaan negeri, menguruska­n sisa pepejal dengan lebih baik dan berkesan.

Dalam pada itu, Zuraida berkata kerajaan Persekutua­n dengan kerjasama kerajaan negeri telah membuat perancanga­n jangka panjang, untuk mewujudkan dua pusat Waste-to-Enegry (WTE) untuk memproses sampah dan menjadikan­nya sebagai bekalan elektrik.

Beliau bagaimanap­un tidak mendedahka­n lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Dengan pengurusan sampah ini, saya harap ia dapat membuat Kelantan lebih bersih, lebih ceria dan akan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

“Pengurusan sampah menjadi satu simbol kepada sesebuah negeri, kerana jika sampah diuruskan dengan baik, ia sekali gus mencermink­an kualiti hidup rakyat itu sendiri,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia