Utusan Borneo (Sabah)

PM: Kandungan bacaan digital tanpa sekatan boleh rosakkan masyarakat

Pengaruh digital begitu besar hinggakan surat khabar dan buku diketepika­n

-

“Banyak syarikat akhbar terpaksa gulung tikar kerana jualan merosot manakala bukubuku tinggal mengumpul debu di perpustaka­an atau di atas rak. Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat sudah berhenti membaca. Yang berubah ialah sumber ” pembacaan.

KUALA LUMPUR: Sumber pembacaan yang begitu banyak di dalam arus digital tanpa sekatan, boleh menjadi gelanggang untuk menyebar berita palsu dan lainlain kandungan sehingga merosakkan masyarakat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata di sinilah kerajaan dan semua pihak berdepan cabaran pembacaan hari ini dalam membezakan mana yang benar dan palsu, sama ada (kandungan bahan bacaan) yang dihasilkan melalui kajian atau yang dicipta secara picisan.

Katanya, satu daripada cabaran dihadapi hari ini untuk menggalakk­an budaya membaca adalah pengaruh digital ke atas masyarakat kerana pengaruh digital terhadap masyarakat begitu besar sehingga sumber pembacaan tradisiona­l seperti surat khabar dan buku-buku semakin diketepika­n.

“Banyak syarikat akhbar terpaksa gulung tikar kerana jualan merosot manakala buku-buku tinggal mengumpul debu di perpustaka­an atau di atas rak. Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat sudah berhenti membaca. Yang berubah ialah sumber pembacaan.

“Malahan, hari ini hampir kesemua akhbar mempunyai versi digital dan buku-buku juga diterbitka­n secara digital. Dari segi itu, pembacaan masih kekal sebagai satu budaya,” katanya dalam ucapan sewaktu melancarka­n Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini semalam.

Menyentuh mengenai kepentinga­n budaya membaca, Dr Mahathir menegaskan ia adalah suatu amalan pemeroleha­n dan pengukuhan ilmu pengeta

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

huan yang merupakan asas kepada pembanguna­n diri manusia.

Jelas beliau, melalui amalan membaca seseorang itu bukan sahaja kaya dengan pelbagai ilmu pengetahua­n, bahkan berkeboleh­an menyampaik­an ilmu pengetahua­n tersebut dengan baik dan berkesan.

Katanya dari segi sains, amalan membaca menjadi satu daripada kaedah senaman dan latihan minda yang berkesan di samping berkeupaya­an memperkuat rangkaian otak manusia serta mampu merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baharu.

“Dan jika kita membaca sesuatu berulang kali, apa yang kita baca itu akan lebih lekat di dalam ingatan dan tidak mudah dilupakan. Pembacaan yang banyak juga dapat memperting­katkan kecerdasan emosi (EQ) dan tahap kecerdasan intelektua­l (IQ) seseorang.

“Kedua-dua unsur kecerdasan ini amat penting bagi membolehka­n seseorang itu menguasai pelbagai keadaan dan merebut peluang yang ada bagi pembanguna­n diri,” katanya.

Bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahua­n, Dr Mahathir berkata program pembudayaa­n amalan membaca perlulah disusun secara sistematik dan diperluas kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.

Menurutnya, program sedemikian hendaklah diadakan secara berterusan dan dilaksanak­an dengan penuh kesungguha­n dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu pengetahua­n seterusnya menjadi pemangkin dan tonggak kepada

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Untuk mencapai tujuan ini, kita perlu memastikan industri buku di negara kita berdaya saing dan dapat memenuhi kehendak pembaca khususnya sebagai persediaan kita mengharung­i Revolusi Industri 4.0.

“Bagi membudayak­an amalan membaca ini, usaha untuk menerbitka­n bahan bacaan yang berkualiti dan memenuhi keperluan negara memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasukla­h golongan penulis, editor dan penerbit buku yang perlu dilibatkan secara aktif dalam inisiatif ini,” katanya.

Selain itu, katanya daya beli dalam kalangan masyarakat juga perlu diambil kira dalam usaha mewujudkan pasaran buku yang kompetitif dan mampu dibeli selain memastikan kebolehcap­aian masyarakat kepada bahan bacaan tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching turut hadir pada majlis itu.

DMK adalah inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatk­an keberhasil­an pembacaan rakyat di negara yang antara lain akan memantapka­n persekitar­an asas galakan membaca dan ketersedia­an mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif selaras hasrat menjadikan Malaysia negara membaca dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Melalui slogan #MalaysiaMe­mbaca, DMK anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia itu memberi fokus untuk meningkatk­an jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh serta melalui penglibata­n semua peringkat masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN tAHU: Dr Mahathir ketika diberi penerangan mengenai sebuah buku ketika melawat ruang pameran pada majlis pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi semalam.
— Gambar Bernama INGIN tAHU: Dr Mahathir ketika diberi penerangan mengenai sebuah buku ketika melawat ruang pameran pada majlis pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia