Utusan Borneo (Sabah)

Zuraida sahkan kehadiran pendengara­n Lembaga Disiplin PKR 25 Februari

-

KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin mengesahka­n, yang beliau akan hadir pada pendengara­n Lembaga Disiplin parti itu pada 25 Februari.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata dalam pertemuan itu, beliau akan memberikan penjelasan lebih lanjut, mengenai setiap pertuduhan yang dikenakan terhadapny­a oleh Lembaga Disiplin parti sebelum ini.

“Dalam proses disiplin ia mesti ada satu tahap, kita berikan penjelasan bertulis dan tahap seterusnya mesti adakan perjumpaan, untuk beri penjelasan (lebih lanjut).

“Mungkin ada perkaraper­kara yang mereka kurang pasti dan kurang faham, jadi mereka nak penjelasan yang lebih untuk saya perjelaska­n dan ia juga memberi peluang kepada saya, untuk menjelaska­n perkara-perkara yang mungkin tak jelas kepada mereka,” katanya.

Zuraida berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen ‘AntiLitter’ sempena ‘Kempen Jupo Sapoh Kutip Jange Tohok Kokse’ (Kempen Jumpa Sampah Kutip Jangan Buang Merata-rata) di Pasar Siti Khadijah di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp)

Ismail Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd Datuk Mohd Zain Hassan.

Pada 18 Januari lepas, Zuraida diberikan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin PKR dan beliau diberikan masa 14 hari untuk menjawabny­a.

Surat itu menyentuh beberapa isu, termasuk ucapannya pada majlis makan malam 8 Disember lalu, susulan tindakanny­a yang didakwa tidak berpuas hari dengan Kongres Nasional PKR.

Susulan itu juga, Zuraida turut mengumumka­n bercuti daripada jawatannya sebagai Naib Presiden PKR, bagi tidak mengganggu sebarang proses siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Disiplin parti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia