Utusan Borneo (Sabah)

Ziarah Cakna kukuh hubungan guru dengan pelajar dan ibu bapa

-

ZIARAH Cakna, sebuah program ziarah guru ke rumah murid terpilih bersifat menyantuni golongan ibu bapa dan penjaga merupakan inisiatif Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam menerapkan nilai budaya kasih sayang, saling menghormat­i dan memperkuku­h hubungan antara sekolah dan kedua-dua belah pihak.

Di peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan, Program Ziarah Cakna dilancarka­n di SMK Rancha-Rancha Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementeria­n Pendidikan Malaysia Haji Hassan Nudin A.Hamid.

Hassan dalam ucapannya berkata Kementeria­n Pendidikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam mendidik dan melahirkan modal insan negara komited untuk menyesuaik­an dasar serta hala tuju selaras dengan Agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam 7 teras strategik terutama teras yang berkaitan Strategi Transforma­si Modal Insan.

Katanya, program ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahi­m antara ibu bapa, guru dan masyarakat dalam menwujudka­n budaya baharu yang lebih positif demi kemenjadia­n murid-murid.

“Kita perlu mendidik anak-anak bahawa mereka perlu belajar bersungguh­sungguh, terus berdaya saing dan bertekad untuk keluar dari kemiskinan,” katanya.

Selain itu juga ia memperluas konsep sekolah penyayang.

Program ini akan menjadi platform buat ibu bapa dan guru berkongsi perkembang­an menyeluruh para pelajar.

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin berkata, berdasarka­n data Ziarah Cakna Kebangsaan tahun 2019 bagi Wilayah Persekutua­n Labuan, seramai 168 murid sekolah rendah dan sekolah menengah daripada 167 keluarga telah diziarahi oleh para guru di Labuan.

Beliau menzahirka­n rasa terima kasih dan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada pihak sekolah, Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PDRM), Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), ketua kampung, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Pesara Guru WP. Labuan atas sokongan dan kerjasama padu dengan KPM bagi merealisas­ikan majlis itu.

“Besarlah harapan saya agar kesepakata­n begini bukan sahaja dapat memastikan kejayaan program, bahkan turut memberi impak kepada kemenjadia­n murid,” katanya.

Hassan dan Raisin bersama rombongan turut mengunjung­i ke rumah salah seorang murid SMK Rancha-Rancha iaitu Mohammad Ukail Najmudin Mohammadde, pelajar tingkatan 5 An Nasawi di Kampung Sungai Bedaun.

Beliau terpaksa mengulang kembali pengajian di tingkatan 5 pada tahun ini kerana tidak sempat menduduki peperiksaa­n SPM 2019 disebabkan kesihatan yang tidak mengizinka­n.

Semasa menziarahi Ukail Syami, Hassan meminta agar Ukail belajar bersungguh­sungguh dan menerima apa yang berlaku itu mempunyai hikmahnya kerana Allah mempunyai perancanga­nNya sendiri.

Pengarah BPI KPM juga melahirkan ucapan terima kasih kepada keluarga Ukail yang menerima kunjungan itu.

“KPM akan meneruskan program Ziarah Cakna yang memberi impak yang tinggi kepada keluarga yang dikunjungi,” katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembanguna­n Murid JPN Labuan Haji Abd Rahman Ahmad dan Pengetua SMK Rancha-Rancha Yahya Ahmad Puteh.

 ??  ?? TANDA SOKONGAN: Tanda sokongan Warga Pendidikan, PDRM, PIBG, ketua kampung, agensi kerajaan, NGO dan Persatuan Pesara Guru WP Labuan.
TANDA SOKONGAN: Tanda sokongan Warga Pendidikan, PDRM, PIBG, ketua kampung, agensi kerajaan, NGO dan Persatuan Pesara Guru WP Labuan.
 ??  ?? SOKONGAN: Guru-guru SMK Rancha-Rancha turut memberikan sokongan kepada program Ziarah Cakna 2020.
SOKONGAN: Guru-guru SMK Rancha-Rancha turut memberikan sokongan kepada program Ziarah Cakna 2020.
 ??  ?? UCAPAN: Ucapan perasmian oleh Haji Hassan Nudin Program Ziarah Cakna 2020 Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.
UCAPAN: Ucapan perasmian oleh Haji Hassan Nudin Program Ziarah Cakna 2020 Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia