Utusan Borneo (Sabah)

United dilaporkan ‘halang’ Ighalo ke pusat latihan di Carrington

-

LONDON, England: Kelab Manchester United mengarahka­n pemain baharu mereka, Odion Ighalo untuk tidak ke pusat latihan kelab di Carrington ekoran kebimbanga­n mengenai COVID-19, menurut sumber.

Penyerang itu kini menjalani latihan di Pusat Taekwondo Kebangsaan, bersebelah­an dengan Stadium Etihad milik kelab Manchester City sejak tiba dari Shanghai Shenhua sebagai langkah berjaga-jaga.

Selepas diperolehi untuk kontrak pinjaman pada 31 Januari, Ighalo tiba di Manchester dari China pada 1 Februari dan akan terus kekal dengan tempoh wajib kuarantin 14 hari sehingga hari ini.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dan pemainnya akan kembali dari kem latihan di Marbella pagi ini dan Ighalo akan berlatih bersama-sama rakan sepasukan baharunya di Carrington buat kali pertama pada hujung

mingg u sebelum perlawanan di Chelsea pada hari Isnin.

Ighalo tidak disenaraik­an dalam skuad untuk kem latihan di Sepanyol kerana bimbang beliau tidak akan dibenarkan melepasi imigresen UK kerana tiba dari China ekoran tempoh kuarantin wajib 14 hari ke atas mana-mana individu yang tiba dari China.

Pemain berusia 30 tahun itu, yang belum bermain satu perlawanan kompetetif sejak 6 Disember, menjalani program latihan dirangka kakitangan United secara bersendiri­an dalam usaha untuk memastikan beliau sudah bersedia untuk perlawanan di Stamford Bridge.

“Beliau akan bersamasam­a kami ke Chelsea,” kata Solskjaer. “Kami akan melihat tahap kecergasan­nya minggu ini.

“Kami mahu beliau menyesuaik­an diri dengan pasukan secepat mungkin dan sudah pasti beliau juga terdesak untuk bermain bersama kami.” —

 ??  ?? IGHALO
IGHALO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia