Utusan Borneo (Sabah)

Napoli sentak Inter 1-0 pada aksi pertama separuh akhir Piala Itali

-

MILAN, Itali: Fabian Ruiz menjaringk­an gol tunggal perlawanan ketika Napoli menewaskan Inter Milan 10 pada perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala Itali di San Siro Rabu lepas.

Pemain tengah itu menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-57 untuk memastikan skuad kendalian Gennaro Gattuso itu kembali mencipta kemenangan selepas tewas 2-3 kepada Lecce di tempat sendiri dalam aksi Serie A Itali hujung minggu lepas.

Ruiz menerima umpanan Giovanni Di Lorenzo, melepasi tiga pertahanan Inter sebelum merembat menewaskan penjaga gol Daniele Padelli.

‘”Ini adalah Napoli sebenar. Pujian kepada pemain saya,” kata Gattuso, dengan pasukannya ketika ini berada di tangga ke-11 liga.

Tetapi beliau memberi amaran: “Namun tiada sebab untuk tersenyum, kami belum mencapai apa-apa lagi dari kemenangan ini.”

Inter, yang dibimbing Antonio Conte, kelihatan hambar selepas kemenangan 4-2 ke atas AC Milan, yang meletakkan mereka di tangga teratas liga hujung minggu lepas.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang dalam separuh masa pertama dengan Lautaro Martinez melihat tandukanny­a tersasar buat Inter sebelum Padelli menepis cubaan Piotr Zielinski sebelum rehat.

Conte memasukkan Cristian Eriksen pada minit ke65 dan pemain tengah itu ada menguji penjaga gol Napoli, David Ospina tetapi gagal menghasilk­an apa-apa.

Napoli, yang kali terakhir memenangi kejohanan ini pada 2014, sekarang akan membawa kelebihan tipis satu gol untuk perlawanan kedua di Stadio San Paolo pada 5 Mac depan.

“Perlawanan berjiran memberi kesan kepada tenaga anda,” kata Conte ketika merujuk perlawanan menentang AC Milan hujung minggu lepas. “Tetapi kita bercakap tentang Napoli, yang menewaskan Lazio, Juventus dan Liverpool musim ini.

“Ia adalah sebuah pasukan yang kuat walaupun dengan kedudukan mereka dalam liga ketika ini.”

Juventus, juara 18 kali kejohanan, akan menentang AC Milan pada perlawanan separuh akhir kedua di San Siro.

Final akan berlangsun­g di Stadio Olimpico di Rom pad 13 Mei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia