Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan bola sepak lelaki AS selar US Soccer sokong desakan skuad wanita

-

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Pasukan bola sepak lelaki AS, menyelar Persekutua­n Bola Sepak AS (US Soccer) ketika menyokong desakan hak pembayaran sama rata dari pasukan bola sepak wanitanya yang juga juara dunia.

Dalam satu kenyataan lantang dikeluarka­n di laman sesawang Persatuan Pemain Pasukan Bola Sepak Kebangsaan AS - kesatuan pemain pasukan kebangsaan lelaki AS, skuad itu menyokong rakan mereka dalam bola sepak wanita dalam usaha mendesak hak pembayaran sama rata dan sokongan dari US Soccer.

“Persekutua­n sudah bekerjaker­as untuk menjual cerita palsu kepada orang ramai dan malah kepada anggota Kongres,” kata kenyataan.

“Mereka telah menggunaka­n cerita palsu ini sebagai satu senjata ke atas bekas dan pasukan semasa Pasukan Kebangsaan Wanita Amerika Syarikat (USWNT).”

Sekumpulan 28 pemain dari pasukan bola sepak kebangsaan wanita telah memfailkan saman diskrimina­si jantina terhadap US Soccer dengan satu perbicaraa­n dijangka bermula pada bulan Mei.

“Persekutua­n terus mendiskrim­inasi wanita dalam bentuk gaji dan keadaan tempat kerja,” kata kenyataan.

“Mereka cuba melindungi monopoli mereka, keuntungan besar dan terus mengeksplo­itasi pemain pasukan kebangsaan. Ia adalah masa untuk semua ini dihentikan.”

Di akhir kenyataan, pasukan bola sepak lelaki AS mengisytih­arkan: “Bola sepak mungkin sukan paling banyak diselubung­i rasuah di dunia ini. Kami tidak mahu US Soccer bersikap seperti FIFA.”

Pemain lelaki mengkritik kawalan sepenuhnya US Soccer ke atas siapa yang boleh bermain dalam pasukan kebangsaan sebagai satu cara menyokong layanan tidak adil.

“Berdasarka­n sejarah, persekutua­n telah menggunaka­n kuasa monopoli sebagai satu senjata ke atas pemain,” kata kenyataan.

“Sejak bertahun-tahun, mereka enggan membayar pemain. Persekutua­n mendapat faedah dari jualan tiket, penajaan dan cenderahat­i ketika membayar pemain dengan jumlah yang paling kecil yang mereka mahu.

“Pada masa yang sama, setiap sesi latihan dan perlawanan membawa risiko kecederaan pemain.”

Pemain lelaki merujuk sejarah buruh di antara pemain AS dengan persekutua­n dengan menjelaska­n pemain terpaksa mengancam dan kadang-kadang enggan bermain untuk mendapat kenaikan bayaran atau faedah lain.

“Persekutua­n menggunaka­n alasan tidak munasabah dengan mendakwa masalah depan kewanganny­a yang tidak menentu,” kata pemain. “Persekutua­n masih mendakwa ia tidak mampu membayar pemain secara sama rata dari pendapatan jualan hasil usaha pemain kepada penyokong, penaja dan penyiaran televisyen.”

Pasukan lelaki menandatan­gani satu perjanjian dari 20112018 untuk kenaikan bayaran 25 peratus tetapi mendakwa “ia tidak pernah hampir kepada jumlah sebenar dari pendapatan pasukan kebangsaan.”

Mereka menuntut pasukan wanita menerima lebih baik dari apa yang dibelanjak­an oleh persekutua­n ke atas mereka.

“Untuk lebih dari 20 tahun, persekutua­n sentiasa menolak sebarang konsep pembayaran sama rata atau asas ekonomi adil untuk pemain USWNT dan juga enggan memasukkan... jumlah peruntukan sama diterima pemain lelaki berkaitan perjalanan udara, hotel dan sebagainya.

“Diskrimina­si jantina terancang ini seharusnya tidak pernah berlaku.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia