Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 291 atlet renang bakal berentap tiga hari di Bukit Lima

-

SIBU: Seramai 291 atlet renang dari seluruh Sarawak akan bersaing dalam Kejohanan Renang Terbuka Peringkat Umur Sarawak Ke-47 yang akan diadakan di Kolam Renang Bukit Lima, Jalan Alan bermula hari ini hingga Ahad.

Menurut Penasihat Jawatankua­sa Penganjur Oliver Kuo dari jumlah keseluruha­n itu, 173 adalah atlet lelaki manakala 118 adalah atlet perempuan.

“Pasukan yang mengambil bahagian adalah dari Persatuan Renang Amatur Kota Samarahan, Persatuan Renang Amatur Kuching, Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA), Persatuan Renang Amatur Bintulu dan Persatuan Renang Amatur Miri,” katanya ketika ditemui selepas menyerahka­n bendera kejohanan kepada pasukan SASA di sini, petang kelmarin.

Kuo telah menyerahka­n bendera kejohanan kepada Pengurus pasukan SASA Richelle Toh.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Sarawak dan dikelolaka­n oleh SASA sebagai tuan rumah.

Kuo berkata, pertanding­an itu antara lain bertujuan untuk memilih perenang terbaik dari Sarawak bagi diketengah­kan mewakili negeri ke Kejohanan Renang Terbuka Peringkat Umur Kebangsaan yang akan berlangsun­g dari 5-8 Mac ini di Kuala Lumpur.

“Kejohanan ini dibahagika­n kepada Kumpulan A yang berumur 15-17 tahun, Kumpulan B (13-14 tahun), Kumpulan C (11-12 tahun), Kumpulan D (9-10 tahun) dan Kumpulan E (8 tahun ke bawah),” katanya lagi.

Hadir sama ialah pengerusi jawatankua­sa pengelola Tonny Hii, Setiausaha jawatankua­sa pengelola (pentadbira­n) Dr Toh Teck Hock dan ketua bahagian teknikal penganjur Yik How Sing.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Kuo (lima kanan) menyerahka­n bendera kepada Richelle sambil disaksikan yang lain di Sibu, petang kelmarin.
SEMOGA BERJAYA: Kuo (lima kanan) menyerahka­n bendera kepada Richelle sambil disaksikan yang lain di Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia