INISIATIF BAHARU RM2 JUTA

● Diperkenal­kan KPLB Sabah untuk laksana BALBA tahun ini, kata Ewon

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah menyediaka­n peruntukan sebanyak RM2 juta untuk melaksanak­an Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA) tahun ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, program BALBA adalah antara inisiatif baharu yang diperkenal­kan kementeria­nnya bagi membantu penduduk luar bandar yang sering berhadapan dengan masalah bekalan air.

“BALBA adalah program pembekalan air dengan kaedah alternatif terawat sama ada menggunaka­n sistem paip air graviti dan telaga tiub atau sumber air bawah tanah di kawasan terpencil dan jauh daripada capaian sistem retikulasi Jabatan Air Negeri Sabah.

“KPLB Sabah bekerjasam­a dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah untuk mengenal pasti sumber air bawah tanah sebagai bekalan air kepada kampung-kampung di luar bandar, kerana mereka mempunyai kepakaran dan teknologi hidrogeolo­gi mengenal pasti sumber air bawah tanah dan membina sistem telaga tiub bekalan air dari bawah tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Jabatan

Mineral dan Geosains Malaysia, di pejabatnya, di sini, kelmarin. Ewon yang juga Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, peruntukan yang tersedia ini mencakupi kajian geofizik, pemasangan telaga tiub, bangunan pam dan rawatan air bawah tanah.

“Pada masa yang sama, kita juga boleh memperbaik­i telaga-telaga air sedia ada yang dibina penduduk kampung luar bandar dengan menggunaka­n kaedah terbaru ‘Telaga Caisson’ yang dibangunka­n oleh JMG,” katanya.

Ewon berkata, kementeria­nnya akan menyediaka­n peruntukan untuk membina bangunan pam air dan rawatan air di Kg.Gaur dan Kg.Nahaba Kadamaian Kota Belud yang mana telaga tiub sudah siap dibina dan dipasang oleh JMG tahun lepas.

Dalam kunjungan itu beliau bersetuju untuk menyempurn­akan Majlis Perasmian Telaga Tiub SMK Tandek Kota Marudu pada 26 Mac ini.

Kunjungan itu diketuai oleh Penanggung Timbalan Pengarah (Makmal) JMG Sabah Dr Morius Bantas dan disertai oleh Ketua Aktiviti GeoWarisan Jenneth Cyril, Ketua Aktiviti Geologi Alam Sekitar Fredolin Javino dan Ketua Aktiviti Hidrogeolo­gi Jaineh Lingi.

KUNJUNGAN: Ewon (tengah) ketika menerima kunjungan hormat daripada JMG di pejabatnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.