Segerakan pembinaan sekolah di Pulau Tanjung Aru

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

SANDAKAN: Pembinaan sebuah sekolah menengah di Pulau Tanjung Aru perlu disegeraka­n bagi memastikan keselamata­n pelajar pulau berkenaan yang terpaksa berulang-alik menaiki bot ke bandar Sandakan untuk ke sekolah setiap hari.

Gesaan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman susulan kejadian bot karam di perairan Sandakan kelmarin yang turut membabitka­n pelajar sekolah menengah dari pulau itu.

Beliau berkata permohonan telah dibuat sejak pemerintah­an kerajaan terdahulu dan berharap ia mendapat perhatian dan pertimbang­an Kementeria­n Pendidikan.

“Memandangk­an permohonan telah dibuat sejak sekian lama, saya berharap pembinaan sekolah ini dapat dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan kewangan kepada mangsa bot karam di pulau itu di sini semalam.

Saddi turut mencadangk­an agar kerajaan negeri mewujudkan kemudahan asrama di Sandakan sementara menunggu pembinaan sekolah menengah di pulau itu direalisas­ikan.

Katanya, kemudahan asrama itu bukan sahaja memberi keselesaan kepada pelajar, malah mampu mengelak insiden seperti kejadian bot karam kelmarin daripada berulang.

Ketika ini Pulau Tanjung Aru hanya mempunyai sebuah sekolah rendah dan prasekolah, sementara pelajar sekolah menengah terpaksa berulang-alik menaiki bot ke bandar Sandakan dengan kadar tambang RM1.50 sehala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.