Dua nelayan hanyut diserah kepada KRI Tawau

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Dua nelayan warga Indonesia yang hanyut diserahkan kepada pihak Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau di pejabatany­a, di sini kelmarin.

Nelayan terbabit ditemui anggota Pasukan Polis Marin (PPM) ketika sedang menjalanka­n tugas Ops Gelora menggunaka­n Bot Ronda PGR 5 PPM Tawau di kawasan Tg Saima Tawau.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata anggota PPM bertindak menahan nelayan terbabit untuk menjalanka­n pemeriksaa­n.

“Hasil pemeriksaa­n awal mendapati terdapat dua nelayan berumur 31 hingga 43 tahun yang berasal dari Kampung Sungai Nyamuk, Pulau Sebatik Indonesia di dalam bot tersebut.

“Hasil daripada soal siasat secara lisan, difahamkan bot terbabit hanyut dibawa arus setelah mengalami masalah kerosakan enjin,” katanya dalam kenyataan media di sini kelmarin.

Menurutnya, kedua-dua nelayan dan bot tersebut dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk pemeriksaa­n dokumentas­i dan barangbara­ng yang dibawa bagi memastikan tiada unsur menyalahi undang-undang negara.

“Setelah semua pemeriksaa­n dilakukan, wakil PPM Tawau Inspektor Azmi menyerahka­n nelayan terbabit kepada wakil Konsulat Republik Indonesia (KRI) pada jam 4.30 petang semalam,” katanya.

Pajeri berkata, hubungan antara PPM dan Polair Indonesia terus ditingkatk­an untuk mengekang jenayah rentas sempadan dan agenda Rendezvous Point (RV) akan diteruskan setiap bulan seperti mana yang sudah dijadualka­n.

SERAH: Kedua-dua nelayan (tengah) diserahkan kepada pihak KRI Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.