Peniaga kena kompaun RM10,000 jual topeng muka melebihi harga kawalan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluark­an kompaun RM10,000 kepada seorang pemilik premis di daerah ini atas kesalahan menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga ditetapkan.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Semporna, Arsanti Abd. Rasid, berkata kompaun tersebut dikeluarka­n hasil daripada operasi yang dibuat terhadap premis yang menjual topeng muka di sekitar bandar Semporna.

“Pihak KPDNHEP mengadakan pemeriksaa­n khas penjualan topeng muka berdasarka­n aduan awam melalui sistem e-aduan di premis perniagaan termasuk farmasi dan kedai runcit di bandar ini.

“Aduan diterima terdapat premis yang cuba mengaut keuntungan menjual topeng muka tersebut dengan mengenakan harga melebihi harga kawalan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, bermula 29 Januari lalu sehingga semalam, pihaknya sudah melakukan pemeriksaa­n di tujuh premis yang menjual topeng muka secara runcit.

“Selama operasi dilakukan, satu premis dikenakan kompaun kerana kesalahan menjual topeng muka melebihi harga kawalan yang ditetapkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011,” katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya akan terus melakukan pemantauan secara berterusan untuk memastikan tiada peniaga yang cuba melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Pengguna juga dinasihatk­an untuk membuat aduan kepada pihak KPDNHEP berdekatan sekiranya mendapati masalah yang melibatkan penjualan topeng muka dijual dengan harga yang tidak berpatutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.