Rumah dua tingkat terbakar di Kepayan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Ganang, Kepayan, musnah terbakar dalam satu kejadian kira-kira jam 1.52 petang kelmarin.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Tinggi I (PBTI) Jamaludin Hussin berkata sebaik panggilan kecemasan diterima, seramai 27 anggota digegaskan ke lokasi yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

“Kebakaran membabitka­n sebuah rumah jenis separuh kekal seluas 40X60 kaki persegi dan anggota bomba menjalanka­n operasi pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.

“Tindakan pantas bomba berjaya memadamkan api daripada merebak ke kawasan perumahan sekitarnya pada jam 2.18 petang bagaimanap­un rumah mangsa terbakar sebanyak 70 peratus,” katanya.

Menurutnya tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini dan operasi keseluruha­n ditamatkan jam 3.30 petang.

Tambahnya punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

KOMPAUN: Pegawai KPDNHEP mengeluark­an kompaun kepada seorang peniaga yang menjual topeng muka melebihi harga kawalan.

PADAM: Anggota bomba menjalanka­n operasi pemadaman dalam kebakaran di Kampung Ganang Kepayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.