Mayat Koperal Asman ditemui terapung

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Yusop Teppo

Mayat Koperal Asman Ongkal yang hilang dalam tragedi bot berlanggar kapal ditunda pada Khamis, ditemui terapung di perairan berhadapan Masjid Daerah Sandakan, lewat petang semalam.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata mayat ditemui sekitar jam 6.30 petang.

“Mayat mangsa kemudianny­a dibawa dengan bot pasukan penyelamat ke Jeti Maritim Malaysia,” katanya.

Suasana hiba dan pilu menyelubun­gi isteri mangsa, Roslina Sari serta keluarga mangsa yang berada di Maritim Malaysia menunggu untuk membuat pengecaman mayat.

Zainudin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk dibedah siasat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) disambung semula pagi semalam, selepas ditangguhk­an jam 6.30 petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Khamis, bot penambang dalam perjalanan dari Kampung Tanjung Aru ke pusat Bandar Sandakan membawa muatan 37 orang termasuk juragan terlanggar dengan sebuah kapal yang sedang ditunda oleh sebuah kapal lain ketika dalam perjalanan sebelum karam.

Seramai 28 pelajar sekolah menengah, 8 orang awam dan juragan berada dalam bot tersebut.

Asmanyangd­alamperjal­anan ke tempat kerja di Batalion 15 PGA Sandakan dikatakan telah bertindak menyelamat­kan mangsa-mangsa lain sebelum dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, Zainudin berkata operasi SAR semalam melibatkan beberapa aset pasukan keselamata­n.

Ia termasuk dua bot Maritim Malaysia, tiga bot Pasukan Polis Marin, dua bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebuah bot Angkatan

Pertahanan Awam, sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia, tiga bot Pasukan Gerakan Am, sebuah bot Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan 35 bot orang kampung.

Operasi pencarian turut membabitka­n sebuah aset udara, helikopter dari Maritim Malaysia.

Beliau berkata seramai 20 pegawai dan 143 anggota dari agensi terlibat dalam operasi semalam.

ASMAN

BINCANG: Kapten (M) Zainudin berkata sesuatu kepada pegawai polis terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.