Utusan Borneo (Sabah)

Sebuah asrama desa akan dibina di Kemabong: Jamawi

-

KEMABONG: Sebuah asrama desa baharu untuk kemudahan murid Sekolah Menangah (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemabong yang tinggal jauh dari kawasan sekolah dan gagal mendapatka­n asrama akan dibina di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata asrama desa ini akan memberikan kemudahan kepada para pelajar sekolah menengah dan rendah terutamany­a dari kampung yang jauh seperti kampung-kampung di Zon Bukit (Rundum, Sumambu, Kapulu, Katubu, Kengkawang, Kolorok, Paitan, Ungga) yang bukan sahaja kampung mereka terletak jauh dari sekolah tapi mereka juga menghadapi masalah dari segi sistem perhubunga­n jalanraya.

“Oleh kerana kemudahan asrama di SMK Kemabong agak terhad tidak dapat menampung permintaan pelajar yang ramai dan berhasrat tinggal di asrama kebanyakan ibu bapa yang terlibat membina rumah sendiri atau lebih dikenali ‘bangsal’ bagi menempatka­n anak-anak mereka agar tidak jauh dari sekolah dan tidak tercicir dari pendidikan,” katanya ketika di temui di sini, baru baru ini.

Sebelum itu beliau mengiringi Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick melawat dan ziarah beberapa bangsal (asrama) yang dibina oleh ibubapa pelajar di Kemabong Lama yang sebahagian­ya amat daif dan persekitar­an yang kurang selasa untuk pembelajar­an.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, beliau amat berterima kasih dengan sikap cakna Ewon terhadap masalah ini dan telah meluluskan peruntukan khas Menteri sebanyak RM100 ribu bagi membina sebuah asrama desa yang baharu.

“Saya amat berterima kasih dan menghargai keprihatin­an Ewon dan kerajaan negeri tentang masalah ini dan untuk tempoh terdekat ini saya akan mengadakan perbincang­an lanjut dengan Pejabat Pendidikan Daerah Tenom, Majlis Daerah Tenom (Pemilik Tanah) dan ADO Kemabong agar kerja kerja pembinaan dapat dilaksanak­an segera,” katanya.

Menurut Jamawi dengan terbinanya asrama desa yang baharu ini ianya bukan sahaja memberikan kemudahan kepada para pelajar yang terlibat namun dapat meningkatk­an kehadiran murid di sekolah itu.

Jamawi berkata beliau komited membantu meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat dan akses kepada pendidikan dalam kalangan kanak-kanak di kawasan itu.

“Pendidikan adalah alat penting untuk meningkatk­an kualiti hidup.

“Melalui pembinaan asrama desa seperti ini, sebuah bangunan yang berkualiti dapat kita sediakan sementara dari segi kemudahan lain kita akan usahakan kemudian.

“Dengan sokongan serta kerjasama rapat kerajaan, pihak swasta dan badan badan NGO untuk membantu menyumbang ke arah menyediaka­n akses yang lebih baik kepada pendidikan di negeri ini, saya yakin kemudahan untuk kemajuan pendidikan di kawasan ini dapat dipertingk­atkan,” katanya.

Tambah Jamawi, beliau percaya bahawa memperkasa­kan individu melalui pendidikan berkualiti, berpengeta­huan dan berkemahir­an merupakan kunci pembanguna­n modal insan yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Sabah tetapi juga Malaysia,” katanya.

 ??  ?? ROMBONGAN: Ewon, Noorita dan Jamawi merakamkan gambar kenangan semasa lawatan tersebut.
ROMBONGAN: Ewon, Noorita dan Jamawi merakamkan gambar kenangan semasa lawatan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia