Utusan Borneo (Sabah)

MySalam sinar baharu buat pesakit kronik kurang berkemampu­an

-

KOTA KINABALU: mySalam, skim perlindung­an masyarakat yang menyediaka­n perlindung­an kesihatan takaful percuma kepada rakyat, ibarat sinar baharu buat pesakit kronik kurang berkemampu­an di negara ini meneruskan kehidupan.

Rakyat di Sabah juga tidak terkecuali memanfaatk­an skim itu dan menyifatka­n ia amat membantu mereka yang kesempitan wang dan hampir putus harapan setelah sekian lama bergelut dengan penyakit kronik yang menelan belanja perubatan sehingga ribuan ringgit.

Suri rumah, Noor Saniah Mahadi daripada Tenom berkata skim mySalam akan dapat membantu menampung kos perubatan dan hospitalis­asi kakaknya, Norsinah, 26, yang sedang menjalani rawatan hemodialis­is di Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, berikutan kegagalan buah pinggang sejak November tahun lepas.

Katanya dia membantu kakaknya, yang merupakan seorang ibu tunggal dan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), membuat permohonan tuntutan skim mySalam bagi mendapatka­n bayaran RM8,000 yang diberikan secara sekali bayaran serta bayaran harian RM50 sehari.

“Permohonan baru sahaja dibuat Januari lepas. Sekarang dalam proses dan kami sedang menunggu kelulusan. Hari ini pula, saya menghantar kepada mySalam beberapa dokumen sokongan untuk mendapatka­n bayaran harian RM50 sehari, kami berharap permohonan ini diluluskan,” katanya ketika ditemui Bernama di kios mySalam di HQE I, semalam.

Noor Saniah, 24, berkata kakaknya sebelum ini pernah ditahan di wad HQE I selama 12 hari bagi menjalani rawatan dan kos ditanggung mereka ketika itu mencecah sehingga ribuan ringgit.

Seorang pesakit katarak, Azizan Sidi, 43, daripada Kota Belud yang menjalani pembedahan mata di hospital tersebut pula berkata dia akan memanfaatk­an sepenuhnya skim mySalam untuk membuat tuntutan perlindung­an kesihatan berdasarka­n kelayakann­ya.

“Saya akan cuba membuat tuntutan kerana berdasarka­n penerangan petugas kios mySalam, ada kategori yang boleh dituntut termasuk pembedahan. Saya akan ambil peluang ini kerana saya fikir ini satu inisiatif kerajaan yang bagus dalam membantu golongan B40,” katanya yang juga penerima BSH dan menghidap katarak sejak enam bulan lepas.

Kios mySalam di HQE I dibuka pada setiap hari bekerja yang antara lain menjadi saluran menyampaik­an maklumat berkaitan mySalam, menjadi pemudah cara untuk pemohon mengisi borang, mendaftar serta membuat semakan permohonan dan status tuntutan.

Selain di HQE I, kios mySalam turut dibuka di dua hospital kerajaan lain di Sabah iaitu di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas dan Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Skim mySalam yang diperkenal­kan kerajaan Pakatan Harapan menawarkan dua jenis faedah bantuan untuk 36 jenis penyakit kritikal dan penerima akan mendapat RM8,000 sekali bayaran, selain bayaran pendapatan gantian elaun dimasukkan ke hospital sebanyak RM50 di manamana hospital kerajaan, hospital perubatan universiti dan hospital tentera untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun atau RM700 setahun.

Pada 11 Februari, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n skim mySalam lanjutan berkuat kuasa sejak 1 Januari lepas meliputi sembilan lagi penyakit kritikal termasuk polio, menjadikan jumlah penyakit yang diliputi kini adalah 45. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia