Utusan Borneo (Sabah)

Penjenamaa­n sebagai produk lima bintang dunia

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kempen ‘Sayangi Sawitku’ sesuai dengan penjenamaa­n minyak sawit Malaysia sebagai produk lima bintang untuk dunia yang merupakan kesinambun­gan daripada usaha kerajaan untuk memperkuku­h imej industri sawit negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, usaha itu merupakan hasrat kerajaan untuk menghasilk­an minyak sawit yang mampan dan selamat untuk pemakanan.

“Pengeluara­n minyak sawit yang mampan adalah selari dengan kesemua 17 Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDGs) seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) dan juga meliputi lima prinsip pembanguna­n mampan iaitu People, Planet, Partnershi­p, Prosperity dan Peace.

“Pelaksanaa­n kempen ini juga akan memastikan industri sawit negara yang lebih berdaya saing, sekali gus menjawab dan menangkis tohmahan negatif terhadap industri sawit negara,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalanny­a Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau semasa merasmikan majlis pelancaran kempen ‘Sayangi Sawitku’ peringkat negeri Sabah di Teck Guan Cocoa Village, di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan Sabah sangat menyokong inisiatif pihak kerajaan Persekutua­n untuk melancarka­n kempen ini. Sepertiman­a yang kita tahu, industri sawit berperanan penting dalam pembanguna­n Negeri Sabah di mana negeri ini pengeluar kedua terbesar sawit negara.

“Lebih 30,000 daripada penduduk Sabah adalah pekebun kecil sawit. Selain itu, lebih dari 60,000 rakyat negeri Sabah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri sawit ini,” katanya.

Menurutnya, industri sawit negara sedang menghadapi cabaran, tohmahan dan kritikan khususnya dari pihak Kesatuan Eropah yang mendakwa penanaman sawit mengakibat­kan penyahhuta­nan tropika dan kemusnahan biodiversi­ti terutamany­a kepupusan orang utan dan gajah pygmy.

“Tohmahan-tohmahan ini adalah tidak benar sama sekali. lni adalah usaha pihak tertentu yang berkepenti­ngan dan anasir-anasir luar untuk menjatuhka­n industri sawit negara sekali gus memberi kesan kepada periuk nasi pengusaha-pengusaha sawit, termasuk para pekebun kecil.

“Oleh itu, Kempen Sayangi Sawitku ini adalah salah satu usaha untuk melindungi dan mempertaha­nkan industri sawit negara dengan menyemai semangat cinta dan sayang kepada industri sawit,” katanya.

Shafie berkata, terdapat beberapa lagi program Iain di Sabah dalam tiga hari ini seperti pelancaran ruang pameran Kempen Sayangi Sawitku di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu dan Tawau.

“Selain itu turut diadakan majlis menandatan­gani Letter of Intent (Lol) antara Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) untuk aktiviti pemulihara­an dan konservasi alam sekitar di Sabah, khususnya untuk gajah pygmy.

“MPOC juga akan bekerjasam­a dengan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar (PERHILITAN) dalam pemulihara­an dan rehabilita­si orang utan di samping itu Kerajaan Sabah akan terus bekerjasam­a dengan MPI dan penggiat industri sawit untuk memelihara hidupan liar sebagai khazanah warisan alam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, semua usaha itu membuktika­n komitmen Kerajaan Sabah dan Kementeria­n Industri Utama (MPI) untuk menjadikan industri sawit di Sabah sebagai mampan dan mesra alam.

“Kerajaan juga mengalualu­kan penglibata­n syarikat korporat untuk bekerjasam­a menjayakan setiap kempen yang diadakan oleh pihak MPI seperti yang dilakukan oleh Teck Guan Group hari ini,” katanya.

Madius yang ditemui dalam sidang media berkata, kerajaan juga mahu mempromosi supaya sawit ini bukan sahaja dari segi CPO tetapi kita mahu melihat dari segi produk-produk yang boleh dihasilkan melalui minyak sawit sebagai sektor hiliran di negeri ini.

“Kita akan tingkatkan pelaburan-pelaburan untuk mengeluark­an produkprod­uk berasaskan minyak sawit dan ini juga merupakan kempen untuk menangkis setiap tohmahan pihak tertentu terhadap minyak sawit negara,” katanya.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Madius menerima cenderahat­i daripada Pengerusi Eksekutif Teck Guan Group Datuk Hong Ngit Ming.
CENDERAHAT­I: Madius menerima cenderahat­i daripada Pengerusi Eksekutif Teck Guan Group Datuk Hong Ngit Ming.
 ??  ?? RASMI: Madius (dua kanan) dan Teresa (kanan) melancarka­n gimik perasmian kempen ‘Sayangi Sawitku’.
RASMI: Madius (dua kanan) dan Teresa (kanan) melancarka­n gimik perasmian kempen ‘Sayangi Sawitku’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia