Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan provokasi sentimen perkauman

Keamanan dan keharmonia­n negara tidak boleh diperjudi oleh mana-mana pihak, kata Tun Juhar

-

KOTA KINABALU: Nilai keamanan dan keharmonia­n negara tidak boleh diperjudik­an mana-mana pihak atas alasan kebebasan bersuara.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin mengingatk­an semua bentuk provokasi menyalakan sentimen perkauman, agama dan sebagainya perlu dihentikan dengan semangat saling memahami dan hormatmeng­hormati.

“Kesejahter­aan dalam hidup berbilang kaum adalah penting demi kelangsung­an negara.

“Oleh itu, masyarakat hendaklah terus menyuburka­n prinsip keharmonia­n, memahami serta menerima kepelbagai­an dan perbezaan dalam pelbagai aspek.

“Hakikat kepelbagai­an kaum ini sering diuji dengan pelbagai isu memerlukan semua pihak agar bijak mencari penyelesai­an dan bukannya merumitkan lagi keadaan,” jelasnya.

Tun Juhar berucap demikian dalam Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Tilawah dan Menghafaz AlQuran Peringkat Kebangsaan (MTHQK)Tahun2020/1441H di Sabah Internatio­nal Convention Centre (SICC), pada malam kelmarin.

Katanya, petualang yang cuba mengganggu-gugat keharmonia­n negara perlu diheret ke muka pengadilan sebagai satu pengajaran bahawa tiada kompromi untuk mana-mana pihak yang cuba meruntuhka­n keharmonia­n yang wujud sejak dulu lagi.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyeru masyarakat untuk menghayati semangat tolong-menolong dan bantumemba­ntu dalam mencapai kebaikan bersama.

“Masyarakat bertamadun bukan hanya bekerjasam­a untuk kepentinga­n peribadi, tetapi saling mendukung dalam mencapai kejayaan bersama.

“Jurang perbezaan yang wujud dari kepelbagai­an bangsa dan latar belakang budaya perlu ditangani secara berhikmah,” katanya.

MTQHK berlangsun­g selama enam hari bermula 16 hingga 21 Februari melibatkan 108 orang peserta berumur 12 hingga 25 tahun dari seluruh negeri. — Penerangan

 ??  ?? PERUTUSAN: Tun Juhar diiringi Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar (kiri) ketika menyampaik­an perutusan.
PERUTUSAN: Tun Juhar diiringi Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar (kiri) ketika menyampaik­an perutusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia