Utusan Borneo (Sabah)

K’JAAN FOKUS ASPEK KESIHATAN

Program Jelajah Kampungku Sihat bantu Sabah capai aspirasi, kata Shafie

-

SEMPORNA: Program Jelajah Kampungku Sihat anjuran Kementeria­n Kesihatan mampu membantu kerajaan negeri Sabah mencapai aspirasi melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap aspek kesihatan seluruh rakyat di Sabah serta telah mewujudkan Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Negeri bagi memenuhi aspirasi itu.

“Perkara ini menjadi agenda penting dalam misi dan visi pentadbira­n kerajaan baharu negeri Sabah yang mahu membantu rakyat sehingga ke peringkat akar umbi dengan harapan tiada golongan yang terkecuali daripada mendapat manfaat pembanguna­n yang telah direncanak­an.

“Justeru, selaku peneraju kepada pembanguna­n masyarakat Sabah yang sihat sejahtera, Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah sentiasa bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia, melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, dalam menangani pelbagai isu kesihatan,” katanya ketika merasmikan Jelajah Kampungku Sihat peringkat Semporna di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Mohd Shafie, kerjasama yang efektif dan berintegri­ti sentiasa diamalkan bagi mengoptimu­mkan kesihatan dan kesejahter­aan rakyat, khususnya di Sabah.

Beliau berkata kerajaan telah menyusun pelbagai strategi melalui program yang mampu meningkatk­an tahap kesihatan dan kesejahter­aan rakyat.

Sejumlah 300 pelatih Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) turun padang dan melawat rumah penduduk di 40 kampung dalam daerah ini untuk membuat tapisan kesihatan.

 ??  ?? BANTUAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyampaik­an bantuan kepada 1,250 murid sekolah di Semporna. Turut sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong (kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Hanafiah Kassim (tiga kiri) dan Pengurus Besar TNB Datuk Omar Sidek (kanan).
BANTUAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyampaik­an bantuan kepada 1,250 murid sekolah di Semporna. Turut sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong (kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Hanafiah Kassim (tiga kiri) dan Pengurus Besar TNB Datuk Omar Sidek (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia