Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited pastikan pembanguna­n industri sawit penuhi piawaian antarabang­sa

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan komited untuk memastikan pembanguna­n industri sawit negara memenuhi piawaian pensijilan mampan yang ditetapkan oleh negara pengimport.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata, kerajaan telah melaksanak­an skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori bermula 1 Januari 2020 untuk memastikan pengusaha sawit melaksanak­an amalan pertanian baik dan bertanggun­gjawab.

“Pensijilan MSPO ini penting supaya pemelihara­an alam sekitar dan perlindung­an hak sosial mengikut peraturan undang-undang negara serta piawaian kemampanan antarabang­sa.

“Saya dimaklumka­n sehingga semalam, seluas 4.42 juta hektar atau 74.8 peratus daripada 5.9 juta hektar tanaman sawit di Malaysia telah mendapat pensijilan MSPO. Manakala, kilang buah sawit yang telah mendapat pensijilan MSPO adalah sebanyak 390 buah kilang daripada 452 kilang buah sawit di Malaysia.

“Di Sabah pula, seluas 1.17 juta hektar tanaman sawit telah dipersijil­kan MSPO termasuk 30,745 hektar yang diusahakan oleh pekebun yang memiliki minimum 100 ekar ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan pada pelancaran kempen ‘Sayangi Sawitku’ peringkat negeri Sabah di Teck Guan Cocoa Village, di sini semalam.

Menurutnya, kerajaan telah menetapkan polisi untuk mengehadka­n jumlah kawasan tanaman sawit kepada 6.5 juta hektar dan menghentik­an penanaman kelapa sawit di kawasan tanah gambut serta memperketa­t peraturan mengenai penanaman kelapa sawit sedia ada di tanah gambut.

“Selain itu, kerajaan juga mengharamk­an penukaran kawasan hutan simpan untuk penanaman kelapa sawit dan menyediaka­n peta perladanga­n kelapa sawit untuk akses awam.

“Usaha-usaha ini adalah jaminan kepada komitmen dan kesungguha­n kerajaan dalam membuktika­n bahawa industri minyak sawit Malaysia adalah mampan dan mematuhi standard antarabang­sa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sumbangan dan kepentinga­n minyak sawit dalam perkembang­an industri minyak sayuran global dicemburui oleh sesetengah pihak luar sehingga mewujudkan persepsi negatif untuk menjatuhka­n imej minyak sawit negara.

“Tohmahan dan tuduhan tidak berasas seperti mengaitkan minyak sawit dengan penyahhuta­nan hutan tropika serta kepupusan orang utan dan gajah pygmy sehingga menyebabka­n wujudnya tanggapan di kalangan pengguna bahawa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan dan merosakkan alam sekitar,” katanya.

Mengulas mengenai program ini, beliau berkata bermula tahun lalu, Kementeria­n Industri Utama telah memulakan kempen ‘Sayangi Sawitku’ bertujuan menyemai rasa bangga terhadap industri sawit negara dalam kalangan rakyat Malaysia di samping memberi kesedaran serta mendidik rakyat Malaysia tentang kebaikan dan khasiat minyak sawit.

“Hal ini secara tidak Iangsung, naratif positif berkenaan industri sawit negara dapat disebarkan oleh rakyat Malaysia yang boleh bertindak sebagai jurucakap sawit kepada masyarakat global.

“Pelbagai aktiviti dan program berkaitan kempen ‘Sayangi Sawitku’ di peringkat domestik dan antarabang­sa telah dijalankan seperti publisiti video dan poster kempen di lapangan terbang serta publisiti melalui majalah di dalam kapal terbang oleh MAS, AirAsia dan Malindo,” katanya.

Katanya, di samping itu juga, kementeria­n juga mengadakan program tanam semula pokok hutan dan konservasi orang utan serta gajah pygmy di Sabah.

“Kita sudah bekerjasam­a dengan Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar bagi membina koridor untuk hidupan liar terutamany­a gajah dengan menanam pokok dan rumput dijadikan makanan untuk habitat ini sebagai tanda kerajaan berusaha menjaga populasi hutan yang sedia ada.

“Hal ini kerana setiap kali gajah mati akan menjadi topik di media antarabang­sa dan terus mengaitkan dengan industri sawit negara. Oleh itu, kita tidak mahu industri ini dianggap menyebabka­n kepupusan habitat hutan tertamanya gajah pygmy,” katanya.

Teresa sangat berbangga kerana syarikat swasta seperti Teck Guan Group sanggup bekerjasam­a dengan kerajaan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat dan memberi kesedaran serta mendidik rakyat menghargai sumbangan sawit kepada negara.

“Diharapkan masyarakat Malaysia jangan terpengaru­h dengan aktiviti kempen antiminyak sawit yang telah dicanang oleh pihak luar melalui pelbagai cara termasukla­h media sosial. Hakikatnya minyak sawit kita kaya dengan vitamin E dan dijadikan bahan asas untuk pembuatan produk lain,” katanya.

 ??  ?? LOGO: Teresa (kanan) dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (dua kiri) mempamerka­n logo rasmi kempen ‘Sayangi Sawitku’.
LOGO: Teresa (kanan) dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (dua kiri) mempamerka­n logo rasmi kempen ‘Sayangi Sawitku’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia