Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki tempatan, tiga PTI ditahan dalam operasi berasingan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seorang lelaki tempatan disyaki menyeludup 12 tong gas dan tiga pendatang tanpa izin (PTI) dalam dua tangkapan berasingan di perairan Tanjung Batu dan kawasan jeti PPM, di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, tangkapan pertama dibuat semasa enam anggotanya menjalanka­n Ops Landai menggunaka­n bot samaran dan mendapati sebuah bot jongkong dalam keadaan mencurigak­an di kawasan perairan Tanjung Batu pada jam 2.50 petang.

“Anggota kita kemudian bertindak menahan bot terbabit dan semasa pemeriksaa­n dilakukan terdapat seorang juragan, 19, warga tempatan di dalam bot terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut, pihak kita menemukan 12 tong gas disembunyi­kan di bawah longgokan barang runcit di dalam bot terbabit dan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Menurutnya, suspek dan barang rampasan termasuk bot dibawa ke Pangkalan PPM Tawau dan nilai rampasan dianggaran RM48,160.

Butir-butir tangkapan dan rampasan salinan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat KPDNHEP untuk tindakan lanjut.

Dalam operasi berlainan, pihaknya turut menahan sebuah bot semasa anggota PPM menggunaka­n bot ronda PGR 16 menjalanka­n tugas Op Gelora pada jam 10 pagi di kawasan jeti PPM.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat tiga lelaki dewasa berumur 21 hingga 42 tahun warga asing di dalam bot terbabit dan setelah pemeriksaa­n dokumen dilakukan ketiga-tiga suspek gagal mengemukak­an dokumen perjalanan diri yang sah untuk masuk ke dalam negara Malaysia,” katanya.

 ??  ?? SELUDUP: Suspek warga tempatan yang disyaki cuba seludup tong gas ke negara jiran.
SELUDUP: Suspek warga tempatan yang disyaki cuba seludup tong gas ke negara jiran.
 ??  ?? PTI: Tiga warga asing ditahan masuk perairan negara tanpa dokumen yang sah.
PTI: Tiga warga asing ditahan masuk perairan negara tanpa dokumen yang sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia