Utusan Borneo (Sabah)

UMS komited laksana konservasi alam marin

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Penubuhan Unit Kajian Spesies Marin Terancam (UEMS) di Institut Penyelidik­an Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menunjukka­n komitmen tinggi dalam menjalanka­n konservasi khususnya ke atas spesies-spesies terancam seperti penyu laut, ikan yu, mamalia marin seperti dugong, ikan lumba-lumba, ikan maming dan sebagainya.

‘World Oceans Day’ yang disambut setiap tahun dirancang khusus untuk menyampaik­an ilmu tentang fungsi alam marin kepada kehidupan dan kepentinga­n memelihara­nya.

Selain daripada pelajar dan kakitangan UMS, para pengunjung akuarium dan komuniti pesisir pantai sekitar UMS turut menjayakan sambutan itu melalui penglibata­n dalam aktiviti seperti larian amal, ceramah kesedaran, pameran penyelidik­an dan pertanding­an mewarna di kalangan pelajar sekolah dan tadika.

Aktiviti konservasi yang dijalankan ke atas spesiesspe­sies berkenaan adalah secara kerjasama dengan kerajaan negeri seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Taman-taman Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Pusat Biodiversi­ti Sabah dan juga kerajaan Persekutua­n, terutamany­a Jabatan Perikanan Malaysia dan MESTECC.

Badan-badan bukan kerajaan seperti WWF-Malaysia, WCS dan LEAP dan industri seperti Scuba Junkie, Scubazoo turut bekerjasam­a dengan pakar-pakar di UMS.

Selain itu, pihak industri seperti Sabah Ports Sdn Bhd, Borneo Divers and Sea Sports (Sabah) Sdn Bhd dan Sutera Harbour Resort, turut menyokong dengan memperuntu­kkan dana untuk penyelidik­an dan program konservasi marin.

Program ‘Mengekalka­n Warisan Marin Kota Kinabalu’ yang dijalankan bersama Sutera Harbour Resort semenjak tahun 2015 adalah bertujuan meningkatk­an kesedaran awam tentang pentingnya mengekalka­n dan memelihara ekosistem marin untuk generasi akan datang.

Manakala, kerjasama dengan Jabatan Perhutanan dan The Internatio­nal Society for Mangrove Ecosystems barubaru ini dalam program konservasi ekosistem paya bakau telah melangkah setapak lagi apabila 500 anak-anak ketam bakau yang ditetaskan di hatceri UMS turut dilepaskan untuk penambahba­ikan stok semula jadi ketam di Sulaman Wetland Sanctuary.

Beberapa tahun sebelumnya, UMS juga telah melepaskan hampir 50,000 benih udang galah ke dalam Sungai Petagas dalam rangka pemulihan stok semula jadi dan program ‘Cintai Sungai Kita’.

Terkini juga dilaporkan bahawa hasil daripada kerjasama yang berterusan dengan Borneo Divers and Sea Sports (Sabah) Sdn Bhd, pakar penyu laut UMS telah menemukan spesies ketiga penyu di perairan Semporna.

Penemuan ini sangat signifikan dan merupakan kejayaan membanggak­an dari program konservasi penyu laut yang telah lama dijalankan bersama.

Di arena antarabang­sa,

UMS juga dikenali aktif dalam konservasi marin. IPMB telah menandatan­gani beberapa memorandum persefaham­an dengan universiti dan institusi antarabang­sa seperti LAMAVE (Large Marine Vertebrate­s Research Institute) Filipina, Kagoshima University (Jepun) dan MABIK (Marine Biodiversi­ty Institute) Korea.

Sejak tahun 2011, UMS melalui IPMB secara rasminya dilantik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah sebagai pejabat Inisiatif Segitiga Terumbu Karang Cawangan Sabah (Coral Triangle Initiative (CTI) - Sabah).

Program Inisiatif Segitiga Terumbu Karang, Perikanan dan Jaminan Makanan (CTICFF) merupakan satu program kerjasama serantau yang diterajui enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Papua New Guinea, Filipina, Kepulauan Solomon dan Timor-Leste.

Di bawah platfom CTI, banyak aktiviti yang konservasi marin dijalankan.

Sungguhpun akuakultur merupakan bidang keutamaan UMS, bidang sains marin telah menyumbang dalam meletakkan nama UMS di persada dunia akademik kebangsaan dan antarabang­sa.

Kejayaan demi kejayaan yang tampak (visible) adalah bukti komitmen UMS yang tinggi dalam konservasi alam marin serta serius dalam menjayakan Agenda 2030 : UN Sustainabl­e Developmen­t Goals.

 ??  ?? SELAMATKAN: Kerjasama UMS dan Jabatan Hidupan Liar Sabah menyelamat­kan ikan lumba-lumba yang terdampar di perairan Kota Kinabalu.
SELAMATKAN: Kerjasama UMS dan Jabatan Hidupan Liar Sabah menyelamat­kan ikan lumba-lumba yang terdampar di perairan Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia