Utusan Borneo (Sabah)

Sempat hantar anak sebelum ditemukan tergantung di pokok getah

- Oleh Vivi Olviana Najurus

BEAUFORT: Seorang bapa sempat menghantar lima anaknya ke sekolah sebelum ditemukan tergantung di dahan pokok di kebun getahnya di Kampung Kulung-Kulung Kampung Rimbaan Kuala Penyu kelmarin.

Mangsa, Dolis Gujiu, 44, ditemukan dalam keadaan tergantung oleh anaknya kirakira jam 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­den Azmir Abd Razak berkata, hasil siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa sempat menghantar lima anaknya ke sekolah kira-kira jam 7 pagi.

“Semasa waktu persekolah­an tamat kelima-lima anaknya kemudian pergi ke tempat kerja mangsa dengan berjalan kaki selepas menunggu mangsa yang tidak datang menjemput mereka dari jam 11.30 pagi sehingga 1 petang.

“Kira-kira jam 5 kemudian, anak-anak mangsa dihantar pulang oleh rakan sekerja mangsa berumur 34 tahun ke rumah sebelum bertanyaka­n isteri mangsa berkenaan kedudukan mangsa bagaimanap­un isteri mangsa sendiri menyatakan mangsa tidak berada di rumahnya,” katanya.

Beliau berkata isteri mangsa kemudianny­a menyuruh anak-anak mereka mencari mangsa di kebun getah sebelum mangsa ditemui dalam keadaan tergantung di pokok oleh anak pertamanya.

“Anak pertama mangsa kemudianny­a pulang ke rumah untuk memaklumka­n kejadian kepada ibu mereka manakala anak kedua berada di lokasi kejadian sebelum menunggu abangnya memotong tali dan menurunkan mangsa.

“Mangsa didapati sudah tidak bernafas dan isteri mangsa memaklumka­n rakan sekerja mangsa untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Azmir berkata pihak polis yang tiba di lokasi membawa mangsa ke hospital kira-kira jam 7 malam untuk menjalani proses bedah siasat.

Katanya kes masih dalam siasatan lanjut mengikut kes mati mengejut.

 ??  ?? SEDIH: Isteri mangsa berada di sisi jenazah mendiang suaminya yang ditemukan dalam keadaan tergantung di atas pokok.
SEDIH: Isteri mangsa berada di sisi jenazah mendiang suaminya yang ditemukan dalam keadaan tergantung di atas pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia