Utusan Borneo (Sabah)

SMK Mutiara perkukuh komitmen murid dan ibu bapa terhadap pendidikan

-

LABUAN: Seramai 200 murid dan ibu bapa telah hadir ke Majlis Hari Penetapan Sasaran SPM 2020 yang telah berlangsun­g di Dewan Semarak SMK Mutiara, baru-baru ini.

Majlis yang bermula jam 10 pagi itu dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mutiara.

Penyelaras program, Mohd Hafiz Lukman yang juga Kaunselor sekolah berkata seramai 145 calon SPM terlibat dalam majlis ini yang diadakan untuk memberi peluang kepada murid dan ibu bapa masing-masing menetapkan sasaran pencapaian yang dihasratka­n dalam SPM 2020.

“Sasaran murid dan ibu bapa dipersetuj­ui secara bersama dan disaksikan oleh guru-guru yang mengajar mereka.

Sasaran yang diletakkan perlu mencabar dan memerlukan komitmen dan kesungguha­n untuk dicapai,” katanya.

Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan sasaran dapat dicapai.

Pengetua SMK Mutiara, Mohd Nizam Yasim mengucapka­n terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga atas usaha yang bersungguh­sungguh untuk hadir ke majlis itu.

Beliau telah menyentuh beberapa perkara penting dalam memastikan prestasi murid dan prestasi sekolah dapat ditingkatk­an dalam SPM 2020.

Antaranya ialah berkaitan kehadiran murid ke sekolah sepanjang tahun dan komitmen ibu bapa atau penjaga terhadap pembelajar­an anakanak.

“Sebagai ibu bapa, kita mesti bertanggun­gjawab terhadap pendidikan mereka sehingga tamat persekolah­an. Mereka adalah amanah yang perlu dididik dengan sempurna.

“Ibu bapa jangan berkira dalam hal-hal pelaburan dalam pendidikan anak-anak kerana pulanganny­a nanti akan sampai semula kepada kita,” katanya.

Dalam majlis itu juga,

Mohd Nizam menunjukka­n prestasi pencapaian SPM dalam tempoh tiga tahun sejak 2016 hingga 2018.

Pencapaian layak sijil SMK Mutiara telah menunjukka­n peningkata­n ketara iaitu 81.82 peratus dalam tahun 2017 kepada 89.93 peratus dalam SPM 2018.

Beliau turut berharap agar momentum peningkata­n ini dapat dijelmakan lagi di dalam keputusan SPM 2019 yang bakal diumumkan pada Mac nanti seterusnya dalam SPM 2020.

Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dan dihargai dalam usaha mengangkat martabat SMK Mutiara sebagai sebuah institusi pendidikan yang dihormati.

PIBG dan agensi luar telah banyak membantu pihak sekolah dalam menyalurka­n dana untuk pelaksanaa­n program-program peningkata­n prestasi sekolah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib YDP PIBG Zuraidah Ahmad, pegawai angkat sekolah Afandi Nasir dan Penolong Kanan Pentadbira­n Siti Aminah Zakaria.

Sementara itu, Zuraidah berkata PIBG akan memberikan insentif kepada murid terbaik SPM Tahun 2020.

Menurutnya lagi, PIBG akan sentiasa memberi kerjasama sewajarnya demi kepentinga­n murid-murid yang bersekolah di SMK Mutiara.

Manakala Afandi Nasir turut menasihatk­an murid-murid yang beragama Islam agar mengamalka­n membaca surah-surah yang pendek setiap hari sebagai pendekatan rohani ke arah kecemerlan­gan.

Ketika menjawab pertanyaan ibu bapa, Siti Aminah menjelaska­n bahawa program terdekat yang akan dilaksanak­an untuk caloncalon SPM 2020 ialah bengkel menjawab soalan peperiksaa­n yang melibatkan 17 mata pelajaran. Bengkel ini akan dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sekolah.

Pada akhir majlis, ibu bapa mengambil peluang beramah mesra dengan guru-guru Tingkatan 5 dan guru kelas anak-anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia