Utusan Borneo (Sabah)

Ramah mesra mahasiswa Sabah IPT Zon Timur

-

KUALA TERENGGANU: Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat cawanganny­a di Kuala Lumpur menganjurk­an satu sesi ramah mesra dengan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Sabah yang menuntut di Terengganu, Kelantan dan Pahang di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Yusof Yacob.

Sinonim dengan visi organisasi Kumpulan Yayasan Sabah - Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin, program yang diusahakan seperti ini memberi akses kepada pelajar untuk bertemu dengan pemimpin negeri.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Haji Jamalul Kiram Haji Mohd. Zakaria berkata, acara ini diadakan sebagai platform dua hala di mana pemimpin dapat memberikan gambaran yang jelas dan telus kepada pelajar tentang agenda dan hala tuju Kerajaan Negeri Sabah serta peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada graduan bila tiba masa mereka kembali ke tanah air.

“Sementara pelajar pula mendapat maklumat dengan lebih jelas agar mereka akan lebih memahami aspirasi dan menghargai perkembang­an semasa dan terbaharu di bawah kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata antara lain matlamat program ini adalah untuk mengukuhka­n hubungan antara pemimpin dan pelajar bagi membuka komunikasi dua hala mengenai peranan keduadua pihak.

“Tumpuan adalah membantu memperkasa­kan pendidikan anak-anak kita terus menerus hingga ke hari ini melalui bantuan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah iaitu geran, pinjaman pelajaran dan biasiswa untuk pelajar yang layak tanpa mengira latar belakang. Bantuan pendidikan disediakan sehingga ke peringkat universiti.

“Nasihat saya kepada semua pelajar, fokus pada pengajian anda. Anda adalah harapan keluarga dalam membina masa depan yang lebih cerah. Ingatlah, pendidikan akan dapat menjamin kesejahter­aan hidup kita,” katanya.

 ??  ?? ALBUM: Yusof dan Jamalul Kiram merakam gambar kenangan bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah pada sesi ramah mesra itu.
ALBUM: Yusof dan Jamalul Kiram merakam gambar kenangan bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah pada sesi ramah mesra itu.
 ??  ?? RAMAH MESRA: Yusof dan Jamalul Kiram beramah mesra dengan mahasiswa Sabah pada majlis itu.
RAMAH MESRA: Yusof dan Jamalul Kiram beramah mesra dengan mahasiswa Sabah pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia