Utusan Borneo (Sabah)

86 unit RSP di Kemuyang siap pada April

Ia sebahagian daripada 2,500 unit RSP diumumkan Abang Johari tahun lalu: Dr Sim

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Sebanyak 86 unit rumah mampu milik atau Rumah Spektra Permata (RSP) di Kemuyang di sini siap pada April tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata ini adalah sebahagian daripada 2,500 unit RSP diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tahun lalu.

“Pada masa ini, 86 unit RSP dibina Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) dan 24 unit lagi sedang dijalankan. Manakala Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) membina 76 unit menjadikan 186 unit dibina di kawasan Kemuyang.

“Lapan puluh enam unit ini akan siap pada April tahun ini. Harga antara RM90,000 hingga RM160,000,” katanya pada sidang media selepas lawatan tapak di Kemuyang di sini semalam.

RSP Kemuyang Sibu melibatkan keluarga kelamin dari Kampung Datu, Hilir, Nyabor dan Bandong dengan sebanyak 813 lot diperuntuk­kan untuk pembanguna­n.

Dr Sim berkata, lebih banyak unit rumah mampu milik dibina sejak pengumuman

Ketua Menteri mengenai 2,500 unit rumah mampu milik di Sarawak tahun lalu.

“Ada 2,700 unit dibina iaitu tambahan 200 unit,” katanya sambil menambah, dana disediakan untuk melaksanak­annya.

Menurutnya, RSP adalah program kerajaan Sarawak bagi membantu kumpulan berpendapa­tan rendah (B40) dan kumpulan berpendapa­tan sederhana (M40) memiliki rumah sendiri.

Sementara itu, berdasarka­n kenyataan media daripada 2,500 unit itu, sebanyak 1,383 unit kini berada di bawah pendanaan Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu Darul Hana Kuching (564 unit), Bunga Rampai Bau (122), Kemuyang Sibu (110), RSP Lundu (26), RSP Sematan (25), RSP Igan (22), RSP Tian (20), Ranggau Limbang (128), Kampung Baru Kapit (75), Kampung Tabuan Melayu (258), RSP Lingga (10), Mejelin Miri (20) dan Kampung Datu Sibu (3).

Untuk baki unit, HDC mengenal pasti tujuh tapak baharu melibatkan pembinaan 1,406 unit RSP iaitu Skim Penempatan Semula Bau (164 unit), Tabuan Melayu (Selipar Putus) (200), Permyjaya III (278), Kanowit II (98), Lundu (240), Skim Pembesaran Kampung/Skim Penempatan Semula (264) dan Skim Pembesaran Kampung

Spaoh Baru (162).

Terdahulu, Dr Sim melawat tapak projek di Sibu Jaya sebelum menuju ke Kemuyang memberitah­u, projek-projek itu adalah tender terbuka.

Hadir sama Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapa’ee, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw, Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohamad Asman Ahmad.

Pada masa ini, 86 unit RSP dibina Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) dan 24 unit lagi sedang dijalankan. Manakala Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) membina 76 unit menjadikan 186 unit dibina di ” kawasan Kemuyang.

Dato Sri Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? MAMPU MILIK: (Dari kanan) Dr Sim, Dr Annuar, Mohamad Asman, Siaw dan Suhaili melawat tapak projek RSP di Kemuyang, Sibu.
MAMPU MILIK: (Dari kanan) Dr Sim, Dr Annuar, Mohamad Asman, Siaw dan Suhaili melawat tapak projek RSP di Kemuyang, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia