Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan bangunan pentadbira­n MDLBS menelan kos RM28 juta

-

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg meluluskan cadangan pembinaan bangunan pentadbira­n Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) di Sibu Jaya yang menelan kos RM28 juta.

Perkara itu didedahkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerjanya ke tapak projek Rumah Spektra Permata (RSP), Kemuyang Sibu semalam.

“Ketua Menteri bersetuju, kini kita berusaha untuk pelantikan perunding dan sebagainya.

“Ketua Menteri meluluskan RM28 juta (projek), tetapi kini masih berusaha untuk perunding dan semua perkara,” katanya.

Dr Sim menekankan bahawa MDLBS perlu mempunyai bangunan pentadbira­nnya sendiri untuk memberi perkhidmat­an lebih baik kepada rakyat di kawasan di bawah bidang kuasanya.

Pejabatpen­tadbiranMD­LBS pada masa ini terletak di Wisma Sanyan, berkongsi bangunan yang sama dengan Majlis Perbandara­n

Sibu (MPS).

“Seperti saya katakan sebelum ini, ia (pejabat) harus berada di lokasi di mana mereka mentadbir ‘kawasan’,” katanya.

Untuk rekod, kawasan di bawah pentadbira­n MDLBS merangkumi enam kawasan iaitu Dudong, Tamin, sebahagian daripada Nangka, Bukit Assek, Kakus dan Bawang Assan.

Terdahulu, sebelum melawat tapak projek di Kemuyang, Dr Sim melawat tapak projek di Sibu Jaya termasuk tapak untuk bangunan pentadbira­n MDLBS seperti dicadangka­n.

Beliau berkata, Sibu Jaya adalah sebuah kawasan yang semakin berkembang dengan lebih banyak kemudahan untuk dibina.

Beliau juga menyebut mengenaime­ngenalpast­itapakstes­en minyak bersepadu - Petros.

Hadir sama Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak Mohd Asman Ahmad, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia