Utusan Borneo (Sabah)

RM15 juta dibayar balik kepada MPS berikutan penguranga­n cukai pintu

-

SIBU: Kerajaan Sarawak menerusi Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan membayar balik RM15 juta kepada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) berikutan penguranga­n cukai pintu dari 2016 hingga 2019.

Menterinya Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Kerajaan Sarawak dengan kelulusan kabinet bersetuju membayar balik jumlah itu kepada MPS.

“Dalam tempoh dua tahun yang lalu, saya mendengar bahawa MPS mengalami kekurangan cukai sebanyak RM15 juta.

“Semua ini adalah kerana semasa Tok Nan sebagai Ketua Menteri, beliau menyemak semula kadar cukai pintu sehingga sifar peratus.

“Disebabkan ini, MPS mengalami penguranga­n pendapatan sebanyak RM15 juta dalam tempoh empat tahun itu,” jelasnya semasa mengadakan lawatan ke pejabat MPS di sini semalam.

Dr Sim berkata, walaupun dengan pendapatan kurang MPS mampu memberi perkhidmat­an kepada penduduk termasuk pemotongan rumput, lampu jalan, kutipan sampah dan sebagainya.

“Kutipan cukai pintu berkuranga­n tetapi kita masih berjaya menyediaka­n perkhidmat­an perbandara­n kepada penduduk,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak tidak menaikkan kadar cukai pintu walaupun kadar kutipannya berkuranga­n.

“Kita tidak meningkatk­an kadar cukai pintu tetapi sebaliknya akan meneruskan dasar Allahyarha­m Tok Nan,” katanya.

Katanya, Kerajaan Sarawak terpaksa berdikari sendiri untuk mencari dana tanpa bergantung kepada dana daripada kerajaan pusat.

“Dua tahun akan datang, jika rakyat percaya kepada kita, pendapatan negeri akan meningkat kepada RM20 bilion daripada RM5 bilion, sebab itu kita dapat membayar semula RM15 juta ini kepada MPS,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Pengerusi MPS Clarence Ting menyerahka­n surat perjanjian kepada Persatuan Penjaja Bahagian Sibu dan Persatuan Penjaja Daerah Meradong.

Terdahulu, Dr Sim telah meluluskan sejumlah RM0.5 juta untuk pembanguna­n Pasar Tamu Sibu Jaya.

 ??  ?? SERAH: Ting (dua kanan) menyerahka­n surat penjanjian kepada salah seorang wakil persatuan penjaja sambil disaksikan Dr Sim (tiga kanan) semalam.
SERAH: Ting (dua kanan) menyerahka­n surat penjanjian kepada salah seorang wakil persatuan penjaja sambil disaksikan Dr Sim (tiga kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia