Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n tiga projek di Sibu Jaya berjalan lancar

-

SIBU: Pelaksanaa­n tiga projek Kerajaan Sarawak di Sibu Jaya yang berjumlah hampir RM35 juta berjalan lancar dan mengikut jadual kerja ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, projek itu adalah projek Masjid Darul Husna bernilai RM25.8 juta dan dua jalan masuk bernilai RM9 juta.

“Ketiga-tiga projek dilaksanak­an secara tender terbuka dijangka siap pada tahun depan dan bakal memberi manfaat besar kepada penduduk di Sibu Jaya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Rumah Spektra Permata (RSP), Kemuyang Sibu semalam.

Terdahulu, Dr Sim mengadakan lawatan ke tapak Masjid Darul Husna dan dua jalan masuk di Sibu Jaya.

Semasa di Sibu Jaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah itu turut meninjau pelaksanaa­n Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada November tahun lalu.

Katanya, projek berkenaan turut berjalan lancar dan kini telah 25 peratus siap.

“Pembanguna­n Sibu Jaya sangat penting kerana itu kita membina banyak fasiliti atau kemudahan yang diperlukan oleh rakyat seperti jalan raya, perpustaka­an, rumah dan sebagainya.

“Sebab itu kita turun padang untuk memastikan semua projek ini dilaksana mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata penyelengg­araan melibatkan baik pulih atap dan menaik taraf struktur bumbung sebanyak 1,600 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sibu Jaya dan dan 500 unit PPR di Batu Gong, Kuching dilaksanak­an.

Hadir sama Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak Mohd Asman Ahmad, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan yang lain.

 ??  ?? PENERANGAN: Dr Sim (lima kiri) diberi penerangan oleh wakil HDC mengenai pelaksanaa­n dua projek jalan masuk di Sibu Jaya sambil diperhatik­an yang lain.
PENERANGAN: Dr Sim (lima kiri) diberi penerangan oleh wakil HDC mengenai pelaksanaa­n dua projek jalan masuk di Sibu Jaya sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia