Utusan Borneo (Sabah)

5,900 pemimpin JKKK di Sarawak menerima bayaran elaun Januari

-

SIBU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian memberitah­u bahawa seramai 5,900 pemimpin Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di Sarawak menerima bayaran elaun Januari pada akhir bulan ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak bersedia membayar elaun pada Januari lalu kerana menghadapi banyak masalah logistik serta prosedur tertentu yang melambatka­n bayaran tersebut.

“Bagaimanap­un, elaun sudah sedia diagihkan pada akhir bulan ini sekali gus dibayar untuk dua bulan,” katanya ketika sesi bertemu dengan tuai-tuai rumah kawasan Sibu di sini semalam.

Dr Sim pada sesi itu turut menyaksika­n Residen Bahagian Sibu Charles Siaw menyerahka­n sijil pelantikan kepada tuai-tuai rumah terbabit.

Hadir sama tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang, Teng Ung Woo dan Daniel Bujal selain Temenggung Vincent Lau, Timbalan Presiden II Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Chieng Buong Toon, Pegawai Daerah Sibu

Suhaili Mohamed serta tetamu lain.

Dr Sim bersetuju ramai pemimpin JKKK tidak sabar untuk mengetahui tentang kenaikan elaun mereka.

“Anda boleh membincang­kannya dengan Menteri Kewangan yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg apabila beliau datang ke sini,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Sim mengingatk­an ahli JKKK bahawa mereka adalah sebahagian daripada kerajaan

Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurutnya, mereka diberi kuasa melalui Pejabat Residen dalam melaksanak­an projek dan mereka perlu menjaga kawasan mereka dengan baik.

Beliaumeng­ucapkanter­ima kasih kepada JKKK kerana telah melaksanak­an tanggungja­wab baik membantu kerajaan GPS menjadi mata dan telinga orang ramai.

“Mari kita bersama-sama menjadikan Sarawak kuat,” katanya.

Beliau memberi amaran kepada mereka agar sentiasa mengikuti prosedur standard operasi (SOP) melaksanak­an projek, jika tidak orang lain daripada agensi lain datang menyiasat mereka.

Mengenai COVID-19, Dr Sim berkata Sarawak bernasib baik kerana tiada kes setakat ini.

Beliau berkata, ia juga bernasib baik kerana Sarawak mempunyai kuasa autonomi imigresen sendiri apabila dapat menyekat orang ramai daripada masuk ke negeri ini.

 ??  ?? MESRA: Dr Sim (duduk, enam kiri), Siaw (duduk, empat kanan) serta yang lain bersama tuai-tuai rumah di Sibu semalam.
MESRA: Dr Sim (duduk, enam kiri), Siaw (duduk, empat kanan) serta yang lain bersama tuai-tuai rumah di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia