Utusan Borneo (Sabah)

Hantar gambar kerosakan sekolah kepada Pusat Khidmat Parlimen Miri

-

MIRI: Sekolah-sekolah di sini diminta menghantar gambargamb­ar yang menunjukka­n kerosakan di sekolah masingmasi­ng kepada Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Miri.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata apa-apa kerosakan yang mahu diperbaiki di sekolah-sekolah sila ambil gambar dan beri salinan kepadanya dan beliau akan hantar ke Putrajaya.

Menurutnya, setiap sekolah berdepan kerosakan berbeza iaitu ada sekolah perlu cat sahaja, ada perlu dibaiki dinding dan longkang.

“Lebih banyak setiap sekolah beri gambar kerosakan perlu diperbaiki, beri kepada saya dan saya kemukakan kepada Kementeria­n Pendidikan. Ini cadangan saya,” katanya ketika merasmikan program Jiwa Murni di Sekolah Kebangsaan (SK) Senadin di sini semalam.

Dr Teo berkata, bajet berjumlah RM1 bilion telah diperuntuk­kan bagi membaik pulih sekolah-sekolah khasnya sekolah uzur di Sarawak.

Mengenai sumbangan kupon makanan, beliau berkata lebih 300 kupon akan diserahkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing untuk diagihkan kepada murid yang layak.

“Kupon membolehka­n murid atau pelajar membeli makanan di kantin sekolah mereka,” jelasnya.

Beliau menasihati murid mengambil peluang bersekolah bagi menambah sahabat dan menemani mereka habis sekolah serta melanjutka­n pelajaran ke menara gading.

“Bila pelajar meneruskan pengajian di luar iaitu ke luar negara atau Kuala Lumpur mereka memerlukan sahabat. Ini nasihat saya,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Senadin James Nibong berkata sekolah itu berdepan masalah rekahan di tepi longkang dan bangunan.

Beliau meminta kerjasama Dr Teo membantu memperbaik­i kerosakan itu bagi mengelak menjadi lebih serius.

Mengenai program itu, katanya ia fasa pertama melibatkan kerja mengecat luar bahagian bangunan sekolah sementara fasa kedua dilakukan pada Oktober nanti.

Program adalah gotongroyo­ng perdana dianjurkan

PIBG untuk menambah kecantikan dan keceriaan sekolah.

James berkata, sekolah tersebut telah berusia 15 tahun dan cat bangunanny­a kelihatan agak kelam.

“Antara objektif adalah mewujudkan iklim kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi bersih, indah selamat dan ceria,” katanya.

Warga sekolah terdiri daripada seramai 1,290 murid, 65 guru, lapan pegawai kumpulan pelaksana, empat pengawal sekolah dan lima pembersih bangunan.

 ??  ?? LAWAT: Dr Teo ditemani James (depan) melihat kerosakan di parit SK Senadin, Miri ketika lawatannya semalam.
LAWAT: Dr Teo ditemani James (depan) melihat kerosakan di parit SK Senadin, Miri ketika lawatannya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia