Utusan Borneo (Sabah)

Industri asas tani dinaik taraf kepada dwifungsi

Selain hasilkan produk, aktiviti pertanian boleh diterjemah kepada konsep agropelanc­ongan

- Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Kepelbagai­an industri asas tani diusahakan masyarakat di kawasan ini terutama berskala besar mampu dinaik taraf kepada dwifungsi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata selain fokus penghasila­n sesuatu produk, aktiviti pertanian di sesebuah kawasan boleh diterjemah­kan kepada konsep agropelanc­ongan.

“Konsep agropelanc­ongan berasaskan ladang atau sesuatu pusat pertanian di sesebuah kawasan adalah sesuatu yang menarik dan berjaya mengangkat sektor pelanconga­n negara contohnya, Thailand.

“LangkahYum­egroEcofar­m memajukan aktiviti pertanian ‘dua dalam satu’ iaitu pertanian tanaman buah fig di samping membuka pintu semua peringkat masyarakat berkunjung ke ladang ini untuk menyaksika­n penghasila­n tanaman itu satu langkah terbaik.

“Industri tanaman buah fig adalah sesuatu yang baharu dan kita yakin industri ini mendapat tempat di pasaran tempatan kerana di luar negara, contohnya di Singapura buah ini dijual dengan harga

“Konsep agropelanc­ongan berasaskan ladang atau sesuatu pusat pertanian di sesebuah kawasan adalah sesuatu yang menarik dan berjaya mengangkat sektor pelanconga­n negara contohnya, ” Thailand. Datuk Ding Kuong Hiing ADUN Meradong

RM5 sebiji,” katanya ketika ditemui pada perasmian Yumegro Ecofarm di Kampung Menyelang, Bintangor semalam.

Buah fig atau ficus carica merupakan sejenis tumbuhan berasal dari kawasan Timur Tengah dan Asia Barat, kini banyak ditanam di kawasan ‘temperate’ secara komersil.

Ding turut menyeru masyarakat tani di kawasan ini bersama-sama bangkit dan terlibat dalam industri pertanian berskala besar.

Katanya, kini kerajaan banyak menyediaka­n pelbagai peluang kepada golongan ini memajukan sekali gus mengangkat industri asas tani sebagai satu bidang menjana pendapatan lumayan.

“Kita mahu masyarakat melihat jauh terhadap perkara ini dan melihatnya sebagai peluang terbaik memajukan diri.

“Kita sebagai pemimpin di kawasan ini sedia memberi bantuan sewajarnya jika masyarakat mempunyai kesungguha­n mengembang­kan industri ini.

“Ini kerana industri asas tani dan penghasila­n produk makanan mempunyai potensi besar untuk maju dan berkembang serta mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia,” ujarnya.

Justeru, Ding berharap agar industri tanaman sayur, buah-buahan dan produkprod­uk lain di kawasan ini dapat berkembang maju kepada konsep lebih komersil.

Turut hadir Pengurus Ladang Yumegro Ecofarm Desmond Wong serta masyarakat setempat.

 ??  ?? PRODUK BAHARU: Ding tertarik dengan industri tanaman buah fig yang diusahakan Yumegro Ecofarm di Bintangor.
PRODUK BAHARU: Ding tertarik dengan industri tanaman buah fig yang diusahakan Yumegro Ecofarm di Bintangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia