Utusan Borneo (Sabah)

Yong hargai Wee membenarka­nnya tubuh kaunter perkhidmat­an Kenyalang Park

-

KUCHING:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong menzahirka­n penghargaa­n kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng kerana membenarka­n beliau menubuhkan kaunter perkhidmat­annya di Pasar Kenyalang Park, di sini.

Yong berkata, beliau menulis surat kepada MBKS untuk mendapatka­n kebenaran sebagai tanda penghormat­an dan ia diluluskan dengan cukup cepat.

“Ia diluluskan dengan syarat kami tidak mempamerka­n logo parti kami dan tiada ucapan politik di mana ia merupakan syarat yang munasabah.

“Ini adalah satu layanan yang adil daripada Datuk Bandar dan saya benarbenar menghargai­nya.

“Malahan dengan sikap (adil) seumpama ini, saya berpandang­an ia juga sangat baik untuk kita berkhidmat kepada rakyat bersamasam­a walaupun kita berada di platform politik yang berbeza,” katanya sambil menambah, terdapat juga ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang turut serta melakukan perkara sama dengan berinterak­si dan mendekati masyarakat di pasar tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan ke Kaunter Perkhidmat­an Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Pasar Kenyalang Park di sini, semalam.

Meskipun hujan lebat pagi semalam, Wee turut dilihat melawat pasar itu serta meluangkan masa beramah mesra dengan ahli DAP dan SUPP serta orang ramai.

Dalam pada itu, Yong berkata tujuan kaunter perkhidmat­an itu ditubuhkan adalah untuk membantu masyarakat dengan permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Skim Perlindung­an Kesihatan Masyarakat (mySalam).

“Memandangk­an ini merupakan tempoh kerajaan persekutua­n membuka permohonan BSH kepada orang ramai, maka itu kita menubuhkan kaunter perkhidmat­an ini bagi memberi maklumat lebih lanjut serta membantu mereka yang ingin memohon, sama ada secara online atau dengan mengisi borang.

“Kaunter ini turut dibuka bagi membantu orang ramai yang gagal mengemukak­an permohonan BSH mereka.

“Selain itu, kita juga membantu warga emas mengisi borang permohonan untuk Kenyalang Gold Card (KGC) di negeri ini dan menghantar borang itu ke Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Yong memaklumka­n sering menubuhkan kaunter perkhidmat­an di Kenyalang, Bintawa dan Sungai Apong sebagai sebahagian daripada perkhidmat­an komuniti beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih, termasuk berkaitan hal pendaftara­n pengundi serta mendapatka­n maklum balas atau aduan daripada penduduk di kawasan itu.

“Iahanyaseb­uahperkhid­matan yang kami sediakan sebagai wakil rakyat dan inisiatif turun padang kami untuk berinterak­si dengan orang ramai dan bukannya sekadar duduk di pejabat sahaja,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia