Utusan Borneo (Sabah)

Kebajikan institusi keagamaan terus dijaga: Tiong

-

BINTULU: Kebajikan institusi keagamaan terus dijaga menerusi bantuan kerajaan negeri sama ada membina atau membaik pulih rumahrumah ibadat sedia ada.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menjadi landasan penting menyalurka­n bantuan kepada rumah-rumah ibadat yang memerlukan.

Katanya, bantuan itu meringanka­n beban setiap institusi keagamaan sekali gus memberi keselesaan kepada penganutny­a menunaikan ibadah mengikut tuntutan agama masing-masing.

“Keunikan kepimpinan kerajaan negeri di bawah

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg amat mementingk­an institusi keagamaan sebagai pembentuka­n sahsiah individu,” katanya pada Sambutan Ulang Tahun Pentahbisa­n Kepaderian Ke-25 RT Reverend Bishop Richard Ng di sini malam kelmarin.

Justeru, keharmonia­n kaum harus dikekalkan setiap penganut agama berbeza di negeri ini kerana ia membolehka­n masyarakat berbilang kaum hidup dalam suasana aman dan damai.

Tiong menjelaska­n, setiap masyarakat harus saling menghormat­i serta peka terhadap sensitivit­i kaum atau agama bagi mengelak sebarang isu serta kekacauan menggugat keharmonia­n kaum.

Dalam perkembang­an berkaitan, Tiong turut mengumumka­n bantuan sejumlah RM100,000 kepada Gereja St Anthony Bintulu yang disalurkan melalui Projek Program Khas (PPK).

Terdahulu, Richard berkata mengukuhka­n institusi agama Kristian Roman Katolik dengan pembinaan dua gereja (chapel) di Bekenu dan Kuala Tatau dilaksanak­an secara berperingk­at mengikut bajet dan keperluan.

Hadir sama Ahli Parlimen Kidurong Chiew Chin Sing, ahli-ahli perniagaan iaitu Datuk Pui Kian Onn, Datuk Pau Chiong Ung dan Datuk Jun Ngau Wan.

 ??  ?? ULANG TAHUN: Richard (empat kanan) bersama tetamu lain pada sambutan ulang tahun di Bintulu malam kelmarin.
ULANG TAHUN: Richard (empat kanan) bersama tetamu lain pada sambutan ulang tahun di Bintulu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia