Utusan Borneo (Sabah)

Penyebaran maklumat menerusi program IOW mencakupi pelbagai lapisan masyarakat

-

KUCHING: Usaha penyebaran maklumat menerusi program ‘Info on Wheels’ (IOW) anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia mencakupi pelbagai lapisan masyarakat memandangk­an ia tidak hanya tertumpu kepada sesuatu kaum atau terhad kepada golongan dewasa sahaja.

Pada 18 Februari lalu, JaPen Daerah Kanowit mengadakan program IOW untuk memberi penerangan mengenai ‘Langkah-Langkah Melindungi Diri Daripada Wabak COVID-19’ kepada pelajar Tabika KEMAS Kampung Muhibbah, Kanowit.

Sementara itu, JaPen Daerah Meradong juga mengambil inisiatif mendekati para pelajar yang merupakan ahli Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong, Sarikei bagi menyampaik­an penerangan tentang COVID-19.

Keterlibat­an golongan pelajar dalam program seumpama ini mampu memberi pendedahan kepada mereka mengenai isu semasa yang berlaku di negara ini terutama apabila ia melibatkan aspek kesihatan sebagai pencegahan awalan di peringkat sekolah.

Selain isu COVID-19, IOW turut memberi fokus kepada penyebaran maklumat berkaitan inisiatif-inisiatif kerajaan seperti Peka B40, mySalam, e-Tunai Rakyat dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Di samping itu, JaPen Sarawak juga bekerjasam­a dengan pemimpin tempatan dalam memperluas usaha menyebar maklumat dan memberi penerangan kepada masyarakat.

Semasa penyampaia­n dekoder percuma MYTV di Aeroville Mall, Kuching pada 15 Februari lalu, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dan Ahli Dewan Undangan (ADUN)Pending,VioletYong berkesempa­tan menyemarak­kanprogram­IOWinideng­an mengedarka­n risalah berkaitan COVID-19 kepada orang awam yang hadir di situ.

Selain itu, Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling juga meluangkan masa menyertai anggota JaPen Daerah Miri semasa pelaksanaa­n program

IOW di Pasar Malam SEBERKAS, Miri, baru-baru ini.

Semasa program, Ling telah turun padang untuk memberi penerangan berkaitan salah satu inisiatif kerajaan iaitu MySalam.

Sementara itu, pada program yang sama seorang peniaga yang juga merupakan Pengerusi Pasar Malam SABERKAS Miri, Junaidi Maili, 52, berkata, beliau memperoleh maklumat berkaitan inisiatif kerajaan mySalam melalui program IOWselainm­engetahuit­entang kewujudanp­rogramitum­elalui televisyen.

Junaidi juga berharap program seumpama itu akan diteruskan oleh JaPen pada masa akan datang kerana pendekatan bersemuka itu memiliki manfaat positif kepada masyarakat.

Seorang lagi orang awam yang sempat ditemu ramah semasa program IOW di Julau, Engkulau Ambrose, 49, berkongsi pendapat bahawa inisiatif kerajaan membantu golongan B40 dan kurang berkemampu­an melalui program Peka B40 dan MySalam memberi manfaat positif kepada rakyat.

Engkulau yang berasal dari Wong Besi Api, Julau dan bekerja sebagai petani menyokong inisiatif kerajaan yang menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan percuma kepada golongan B40.

Sehingga kini, sebanyak 534 program IOW telah dilaksanak­an oleh JaPen di peringkat bahagian dan daerah di seluruh Sarawak yang melibatkan cakupan khalayak seramai 17,218 orang dan edaran risalah sebanyak 25,726 keping.

 ??  ?? CEGAH: Anggota JaPen Kanowit Eleanor Bidai (dua kanan) memakaikan topeng mulut dan hidung kepada salah seorang pelajar tadika KEMAS Kampung Muhibbah, Kanowit.
CEGAH: Anggota JaPen Kanowit Eleanor Bidai (dua kanan) memakaikan topeng mulut dan hidung kepada salah seorang pelajar tadika KEMAS Kampung Muhibbah, Kanowit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia