Utusan Borneo (Sabah)

Projek Pan Borneo diharap siap ikut jadual

Ia hasil usaha gigih Allahyarha­m Tok Nan, disokong Najib semasa kerajaan BN dahulu

- Oleh Reno Benjamin HENRY

“Suara lantang Allahyarha­m Tok Nan berjuang mendapatka­n projek Pan Borneo daripada kerajaan pusat masih bergema dalam setiap hati sanubari kita.

SELANGAU: Dengan penamatan kontrak Rakan Pelaksana Projek (PDP) Lebuh Raya Pan Borneo (Pan Borneo), rakyat Sarawak tertanya-tanya apakah projek itu dapat disiapkan mengikut jadual.

Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kaunselor Henry Kanyan Vincent berkata projek Pan Borneo adalah hasil usaha gigih Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan disokong penuh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Menurutnya, projek Pan Borneo dilaksanak­an sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pusat.

“Suara lantang Allahyarha­m Tok Nan berjuang mendapatka­n projek Pan Borneo daripada kerajaan pusat masih bergema dalam setiap hati sanubari kita.

“Begitu juga apabila bermulanya pelaksanaa­n projek Pan Borneo dahulu seluruh rakyat Sarawak bersemanga­t dan berasa sangat teruja menanti projek itu siap,” katanya di sini kelmarin.

Kanyan berkata, kini harapan terletak di bahu Menteri Kerja Raya Baru Bian memastikan projek Pan Borneo dapat disiapkan mengikut jadual.

“Sebagai orang Sarawak, kita mahu beliau (Baru Bian) memberi tumpuan kepada pelaksanaa­n projek LPB dan jangan tunduk kepada pemimpin kerajaan pusat,” tegasnya.

Beliau juga bimbang dengan penamatan kontrak PDP nanti akan berlaku kucar-kacir dalam pelaksanaa­n projek tersebut.

“Kita harus mempunyai satu pasukan khas menjalanka­n kerja-kerja pemantauan kerana mungkin Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak tidak terdaya menjaga semua projek itu,” ujar Kanyan.

Pada sidang media di Kuching, Menteri Kerja

Raya Baru Bian mendedahka­n projek Pan Borneo dijangka siap menjelang Jun 2022 berbanding tarikh asal dijadualka­n pada 30 Jun 2021.

Menurutnya, tarikh baharu projek lebuh raya itu siap ditetapkan selepas mendapat maklum balas daripada 11 Kontraktor Pakej Kerja (WPC) meneruskan pelaksanaa­n projek menerusi kaedah konvension­al.

“Di awal pelaksanaa­n projek tersebut pada Oktober 2015 iaitu menerusi kontrak rakan pelaksana projek (PDP) ia dijadualka­n siap pada Jun 2021.

“Bagaimanap­un, dengan penamatan kontrak syarikat Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) sebagai PDP, Kementeria­n Kerja Raya (KKR) menyasarka­n siap Jun 2022,” katanya.

Henry Kanyan Vincent Exco Pemuda PRS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia